Jumaat, 30 Oktober 2009

Muallim Dari Banjaran Titiwangsa : Bahagian I


Tasik Proton City terletak di kaki Banjaran Titiwangsa

Muallim dari banjaran titiwangsa adalah anak-anak didik kesayangan Allah yang disediakan, dilatih dan dimasukkan ilmu untuk mendidik umat kepada mentaati Allah, Namun, disebalik tujuan mentaati Allah itu, banyak ranjau dan ujian sentiasa bermain dalam lingkaran kehidupan masyarkat muallim banjaran titinwangs. Di pagi yang sejuk, Fathu Nursi bercakap kerseorangan , “ patutlah aku tersedar lewat hinggakan subuh hari dah jadi gajah , kabus tebal rupanya, sedap berselimut hinggakan lewat sungguh aku bangun. Inilah realiti yang berlaku di madrasah muallim titwangsa. Paginya cukup sunyi, tiada kedengaran ayam berkokok, sayup-sayup kedengaran suara burung melayang dan hinggap didahan pokok, terkadang bunyi kereta dan lori dari proton city mengganggu kesunyian. Seawal paginya pula, terkadang dendangan azan agak sayup dan kelewatan dari waktunya. Sesekali hanya seorang makmum dan seorang imam yang bersama. Kemana menghilanya muallim di pagi itu!

Diawal pagi yang kabusnya selalu menebal, jarang harinya tiada kabus, seolah-olah berada diawan kaki gunung Fuji yang indah itu. Oh, sesekali mengelamun membayangkan diri di kaki Fuji, gunung tertinggi di Jepun
, terletak di perbatasan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji terletak dekat pesisir Pasifik di pusat Honshu. Fuji dikelilingi oleh tiga kota yaitu Gotemba (timur), Fuji-Yoshida (utara) dan Fujinomiya (barat daya). Gunung setinggi 3.776 m ini dikelilingi juga oleh lima danau yaitu Kawaguchi, Yamanaka, Sai, Motosu dan Shoji.




Namun apa kan daya disini, di kaki Titiwangsa tidaklah seindahnya. Banjaran yang menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia. Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Genting Highland dan Bukit Fraser. Kemuncak tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Korbu dan tidak lupa tempat yang menempatkan muallim-muallim ini iaitu Proton City.

Dibalik pemandangan lereng Titiwangsa ini kelihatan kilang kenderaan kecintaan negara, disitu dilonggokan kenderaan buruk, mencacatkan seidikit pemandangan indah itu. Pemodenan sudah mencengkamnya. Namun bukanlah gambaran ini ingin dihikayatkan, disana ada muallim, insan-insan yang mulia dan dimuliakan oleh-Nya kerana sifatnya yang luhur,beriman, berilmu, beradab, bercita-cita, berdedikasi dan soleh orang-orangnya. Indahnya keadaan ini jika menjadi realiti. Namun realitinya sungguh, kalau di kata menyedihkan berbaur harapan yang tidak putus agar semua muallim ini muncul dalam gambaran murni itu.

Fathu Nursi, Anak Didik yang Belajar Untuk Menjadi Pendidik

Disebalik kesunyian Titiwangsa sebagai madrasah mengeluarkan muallim itu, terkadang terdengar juga dentuman muzik indie-rock, Melayu Pop, nasyid hinggalah ke lagu dikir barat yang di buka oleh rakan-rakan rumahnya yang sering juga menodai keamanan Fathu Nursi yang sedang asyik menelaah kembali makalah-makalah berharga ulama dulu dan kontemporari. Katanya ingin kembali merekonstruksi diri yang jauh hanyut dari jiwa dan budaya ilmu. Lalu dibeleknya kitab Ta'lim al-Muta'allim ila Thariqah al-Ta'allum nukilan az-Zarnuji. Menilik kembali dirinya tatkala berjumpa dengan sepotong kata Az-Zarnuji :

“Al-Zarnuji menyatakan, niat dalam menuntut ilmu harus ikhlas, mengharap rida Allah, mencari kebahagiaan di akhirat, menghidupkan agama, menghilangkan kebodohan, dan melestarikan Islam”


Sering itu juga dia teringat bualan dirinya bersama Dr. Mohd sewaktu berbuka puasa, menghabiskan puasa enam lalu. Tanya Fathu Nursi “ust apa sebab yang menjadikan kita tidak bersungguh dalam menuntut ilmu? Jawabnya ringkas “chek balik niat awak” untuk apa belajar, kalau niat sudah tidak betul macam mana nak bersungguh, tentu ada penghalangnya, islahkan niat sentiasa. Fathu Nursi mengelamun, bermonolog, jawapan yang ringkas yang kembali kepada dasar, namun Fathu Nursi masih gusar dan tidak dapat menjadikan jawapan itu sebagai sumber kekuatan baginya untuk mengkoreksi kembali diri.

Seraya itu juga dia membandingkan dengan sebuah makalah Prof Wan Mohd Nor ya’ni Budaya Ilmu. Kata kitab itu “Allah tidak akan memberikan ilmu tanpa sebarang persediaan daripada pihak manusia justeru itu manusia perlu berusaha untuk mendapatkan ma’na, memperoleh ilmu”.

Allahuakbar! Sungguh aku tidak mengerti apa sudah jadi pada ku! Dulunya bersemangat, kini sudah luntur untuk rajin belajar, begitu malas dalam semua benda! Seringkali keluhan Fathu Nursi kedengaran saban masa dan waktu dan terkadang membuatnya mengelamun sendirian. Mengalami konflik jiwa yang berpanjangan. Bisiknya, bagaimana inginku meneruskan ‘pelajaran untuk menjadi pendidik di jalan pendidikan’ kalaulah begini keadaanya.

Argh! Ya Allah, keluarkan ku dari kecelaruan ini Ya Allah, bagaiman aku nak melestarikan Islam, menghilangkan kebodohan, menjadi pendidik di jalan pendidikan kalaulah begini keadaanku, kurniakan aku jawapannya, kerana disebalik az-zulumat ini akau yaqin ada an-nur yang bakal menerangi. Kala itu Fathu Nursi kerap kali keluar bersendirian ke Kuala Lumpur, mengunjungi perpustakaan , kedai-kedai buku, dan sering juga kelihatan di Kinokuniya Bookstore dan Taman KLCC juga masjid bersebelahannya menyendiri entah apa yang dicari. Mungkin mencari kembali ma’na kehidupan yang tidak lagi kelihatan berwarna warni dan indah itu.

Kata-kata Uncle bersongkok hitam dan kulit kehitam-hitaman yang tampak manis itu terngiang-nging ditelinganya. Uncle yang bemulut telus itu senantiasa mejadi pengkritik. Kata-katanya yang menjadi ingatan Fathu Nursi sehingga kini.

Katanya “kamu kena ingat, kamu adalah insan istimewa yang telah terpilih untuk berada dijalur ini (muallim), kamu tidak sama dengan engineer yang hanya berhadapan dengan mesin, belajar dengan mesin, tetapi kamu adalah muallim yang bakal mendidik satu generasi, sekiranya rosak generasi itu dek silapnya kamu dalam mendidik, maka generasi yang dirosakkan kamu akan berterusan mendidik generasi seterusnya menjadi rosak.Maka lahirnya masyarakat yang tiada roh adab dizaman modern liberal ini. Setelah itu apa lagi yang nak diharapkan bila mana semuanya sudah rosak!”

Fathu Nursi sejenak berfikir diringi jiwa zikirnya lalu nalurinya tertanya-tanya dimana perananku yang telah diberi kesedaran ini, peranan mendidik diri sendiri utamanya tanpa meninggalkan rakan-rakan muallim yang lain untuk bersama kearah jalan yang sama iaitu jalan melestarikan Islam dalam jiwa dan mengembalikan roh supaya kembali hidup dan subur dengan Islam seutuhnya.

Muhasabahnya itu menyebabkan dirinya seram sejuk dan menggigil lalu menangis teresak-esak mengenangkan kelemahan dirinya, watak pasrahnya kelihatan, seolah-olah menerima seadanya diri yang lemah itu. Sering juga dia kembali dengan semangat dan membuang watak pasarahnya dengan usaha bangkit kembali, tetapi selang seli dia pasrah kembali dan berulang juga dia kembali yaqin dan bersemangat.

Dia teirngat kembali, tidakkah guru Mus Masyhur mursyid da’wah itu sering mengingatkan kamu dalam makalahnya ? “menyeru manusia kepada Allah adalah kewajipan setiap muslim di setiap masa terutamanya dizaman kita ini yang penuh dengan serangat jahat musuh yang ingin mencabut teras da’wah dari jiwa uamt Islam” . Tidakkah ayat wahyu yang ditanzilkan itu sering kali kamu ulangkan? Surah Fushlat ayat 3 bermain ditelinganya “siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah...”. Tidakkah hadith Nabi itu seirng kamu alpakan? Ruh da’i. Ruh da’wah fardi , roh tarbiyah , roh tsaqafi dan ruh itqan dimana kau cicirkan. Ya Allah tiada yang layak ku pohon pertolongan untuk mengembalikan roh ini melainkan dari-Mu.

Dia takutkan jiwa narcissitic menodainya, gusar menjadikan hatinya mati. Kata Ibnu Athaillah as-Sakandari terngiang dihati dan telinganya ‘"ketika manisnya hawa nafsu menguasai kalbu, itulah penyakit hati nan telah membatu ". Adakah aku sudah mati Ya Allah, Fathu Nursi mengungkit kembali kecelaruan jiwanya. Aku sudah mati Ya Allah, sedangkan badanku masih berjalan kesana sini tetapi aku telah mati Ya Allah. Hidupkan aku kembali Ya Rahman!

Jiwa yang mati dari ruh sosial (bermuamalah), jiwa yang menyendiri yang asyik dan ego dengan diri dek kerana kesan bermain dengan teknologi internet (Facebook etc) dan sebagainya. Narcissistic berlebihan menjadi kan Fathu Nursi sedemikian kata seorang gurunya !

Narcissus by Caravaggio A Boeotian hero whose archaic myth was a cautionary tale warning boys against being cruel to their lovers. (wikipedia).

Entah saya pun tida mengerti. Isitilah narcissistic berasal dari Yunani yang dimaksudkan dengan kecintaan pada diri sendiri secara berlebihan. Mitos Yunani dan Narcissus menjadi kisah utama disebalik wujudnya istilah ini. Narcissus dalam mitos Yunani digambarkan sebagai seorang tokoh yang pada suatu masa telah melihat bayang dirinya di permukaan kolam sehinggakan membuatnya tergila-gila (cinta) akan bayang-bayang sendiri. Mungkinkah ini yang menyebabkan hatinya mati, menjadi tidak conscious lagi pada da’wah membawa muallim ke arah muallim yang benar, penting diri dari ummah dan islah diri kerana serangan narcissism ini. Bahaya yang samar dan perlu diterangkan! Renungan Fathu Nursi di pagi yang suram itu amat menyedihkan, dia sudah meninggalkan dirinya dari ikatan narcissistic atau self-esteem itu , mendapat kesedaran yang hakiki katanya, kembali kepada jiwa muthmainnah yang tidak tergambar ketenangannya...