Isnin, 2 November 2009

Muallim Dari Banjaran Titiwangsa : Bahagian II




Fathu Nursi, Nur dan Kisah Muallim al-Habab
Makna asal ialah bersih, bening dan orang Arab menyebut istilah bening itu untuk gigi yang putih, dan ada yang menyatakan ia diambil dari kata al-Habab, yaitu air yang meluap setelah turun hujan yang lebat. Itulah katanya ma’na al-mahabbah, istilah yang dirumuskan sebagai luapan hati dan gelojaknya disaat dirundung keinginan untuk bertemu sang kekasih. Ada juga yang mengertikannya sebagai tenang dan teguh. Itulah maksud yang sempat di ceduk Fathu Nursi dari Raudhah al-Muhibbin Wa Nuzhah Al-Mustaqim (Taman Orang-Orang Yang Jatuh Cinta Dan Memendam Rindu) , nukilan Ibnu Qayyim al-Jauzi. Termenung Fathu Nursi dan terlihat cebisan kata mengenai perihal kaum hawa yang diambil dari Men Are From Mars and Women Are From Venus, John Gray, katanya , ”women talk about problems to get close and not necessarily to get solution”.

Aku tidak pernah ingin mendengar perasaannya, aku hanya tahu ingin mencari penyelesaian, aku tidak pernah inign mendengar luahan hatinya menerangkan perasaannya, yang aku tahu hanya ingin membantu menyelesaikan masalahnya wal hal sebenarnya dia hanya ingin rapat denganku, mungkin inikah yang menyebabkan dia lari dariku Nursi ? Tanya Matt Arpslan sahabat muallim kacukan Melayu-Turki yang sedang dalam retakan mahabbah dengan sang kasihnya, memohon nasihat Nursi.

Bukan satu kes aduan seperti ini diajukan kepada Nursi, di madarasah Titiwangsa ini sudah membuak-buak dan menggebu-gebu budaya hedonisme-mahabbah (keseronokan cinta) berlegar tanpa kesudahan. Terserempak disana sini berkepit, berdua-duan, berkereta-kereta-an berbonceng-boncengan dan segala hal yang menyedihkan hati Nursi. Sering juga Nursi mendengar rungutan penduduk Taman Muallim bersebalahan madarasah Titiwangsa yang mengeluh ’inikah muallim yang ingin menjadi pendidik, aduh buruk adabnya berdua-duaan kesana sini”.

Tasik Titiwangsa di kaki banjaran menjadi tempat strategik indah untuk mereka berdepet (berduaan) dan Tasik Titiwangsa itulah juga sering menyaksikan tingkah bodoh-hedonis mereka saban ketika dan suasana. Kritis Nursi berfikir menyalahkan diri sendiri, masyarakat, pemerintah yang tidak pernah bersungguh dalam usaha enjoining the right and opposing the wrong” . Menjadi masalah yang menakutkan Nursi kerana sedar-sedar dirinya bahawa mereka ini adalah muallim yang bakal mencorak manusia, bukan merekayasa bangunan, mencipta robot atau mesin, berhujjah di parlimen, berdebat dimahkamah, membedah atau merawat penyakit zahiriah semata, bahkan mereka ini pembentuk peribadi generasi insan yang bertamaddun tinggi.

Bukan aku kata tidak boleh bermahabbah Matt! Tapi pandai-pandaila kamu menguruskannya agar tidak menyalahi batas syariat Matt, mahabbah itu fitrah manusia, masakan kamu boleh melawan fitrah, fitrah itu bersih tapi jika kamu tak uruskan dengan betul yang bersih boleh jadi hitam Matt ! Percaya Matt kamu boleh mencari jalan selesaikan, lamarlah terus sang kasih kamu tu, itu lagi elok dari kamu menjadi hedonis-mahabbah yang tak ketahuan itu. Nasihat Nursi.

Fathu Nursi teringat kembali dirinya yang sudah bertahun tidak berhubung dengan teman lamanya. Uruskan soal ini dengan baik Nursi, tidak salah jika kamu tahu batasnya dan menjaga nafsu dari tergelincir ! Nasihat murabbi Nursi, Pak Fustat. Nursi juga sedar dirinya tidak dapat lari dari perasaan mahabbah itu, namun dia sedar bahawa dia mesti bermujahadah (berjihad) menguruskkannya dengan baik agar tidak tersungkur ditengah jalan. Sudah bertahun Fathu Nursi tidak menghubunginya, tiba-tiba ingatannya kembali menyinar, Fathu Nur, insan kenalan Nursi, kembali terbayang diingatannya.


Insan yang baik budinya, berilmu, cerdik, beradab dan sopan itu telah mengikat hati dan jiwa Nursi. Fathu Nur mahasiswi yang masih menuntut di VSMU (Vitebsk State Medical University) , nun jauh di kota Russia telah menjadi pilihannya. Russia negara terbesar dunia meliputi 17,075,400 kilometer persegi menjadi pilihan Fathu Nur. Fathu Nursi kagum dengan Rusia di sudut pendidikannya kerana pendidikan diberikan secara percuma dan dijamin untuk semua warganegaranya. Kadar literasi (boleh membaca dan menulis) rakyatnya mencecah 99.4% dan kemasukan ke pendidikan tinggi begitu hebat persaingannya dan kualitinya. Pendidikannya amat ditekankan dalam bidang sains dan teknologi , medical, matematik, saintifik, ruang angkasa (aerospace) dan sebagainya. Inilah sedikit kelebihan negara sosialis yang menjaga kebajikan rakyat.

Tetapi disebalik keghairahan menuntut ilmu hard science itu terkadang kerisauan menjenguh Nursi dan hampir pasti katanya tiada diseimbangkan dengan ilmu mengurus diri ( fardhu ain) dan ilmu Islamnya. Kalau mahu hendaknya mencari sendiri di halaqah-halaqah mingguan dan majlis-majlis ta’lim. Itulah pesannya kepada Fathu Nur suatu ketika dahulu, agar diseimbangkan ilmu mengurus diri (fardhu ain) dan ilmu mengurus sistem (fardhu kifayah) agar ma’na sebenar kehidupan dapat selidiki dengan terang dan benar. Namun terkadang perasaannya tertanya-tanya bagaimana harusnya seorang muallim dan seorang doktor boleh berada dibawah satu bumbung, banyak perbezaannya, usah dicari perbezaan Nursi!Carilah persamaannya. Perbezaan saling melengkapkan manusia Nursi, bisik hati kecilnya.

Kota Russia, kota soviet sosialis, kalau Ernesto Che Guevara pejuang intelektual revolusi Marxis Argentina menjadi ikon revolusi, disana ada pejuang sosialis yang menjadi founder Union of Soviet Socialist Republics (USSR) ,Vladimir Illich Lenin seorang revolusioner komunis Rusia, teringat Fathu Nursi cerita sejarah Rusia dari guru sejarahnya dahulu. Kota negara sosialis itu menjanjikan pelbagai ujian mental dan fikrah, disebalik keindahan bagunan gereja St Basil yang indah itu namun tidak dapat ianya menandingi keindahan Masjid Aya Sofea Turki dan negara berideologi sosialis ini begitu maju dan moden. Begitupun Rusia mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.




St Basil Russia


Mampukah Fathu Nur mengekalkan fitrah dan fikrahnya seperti dulu. Kerana Nursi sememangnya gusar dek kerna sudah ramai temannya yang tersungkur. Dulunya amat baik di sekolah agamanya, lalu berubah dek dikuasai senjata hedonisme dan persekitaran yang merosakkan. Lalu fikiran positif menyinari benak fikirnya, “orang yang kuat jiwa, faham, ikhlas, amal dan berukhuwah dalam satu keterikatan rantai organisasi Islam insha-Allah akan dijaga oleh-Nya”, moga-moga Fathu Nur istiqamah, sahutnya. Dulu temannya itu pernah menguatkan hati dan jiwa imannya dengan nasihat-nasihat dan surat-surat ringkas yang memurnikan iman, kata-kata Syeikh Bediuzzaman Sa’id Nursi sering diingatkannya.

"Iman memang mengandungi sebiji benih maknawi yang terbelah daripada pohon 'Tuba' yang kedapatan di syurga. Manakala kekufuran pula menyembunyikan bijian maknawi tersebut yang telah diludah oleh pohon 'Zaqqum' neraka jannam. Oleh itu, keselamatan dan keamanan hanya terdapat di dalam Islam dan Iman...Larilah dari perkara yang menjejaskan keikhlasanmu sebagaimana engkau lari dari ular dan kala".

Nursi benar-benar menjaga hubungannya agar tidak tersungkur di tengah jalan , berperang dari bermain dengan ayat-ayat fitnah dan bertenggek kebodohan di peti suara telefon mahupun mesej, kerna dia sedar siapa dirinya disebalik tabir Islamic movement, perlu menjadi insan yang senantiasa conscious terhadap tarbiyah roh agar tidak menjadi fitnah pada masa kini dan mendatang. Itulah secebis kisah mahabbah yang tersimpan dalam kotak sejarah hidup Fathu Nursi yang bakal menjadi muallim buat sedikit masa lagi. Menjadi muallim bukan semudah yang dikata, minatnya perlu kemas rapi tersemat di hati dan jiwa, citanya perlu tinggi setinggi Banjaran Titiwangsa, pengorbanannya usah dikira , perlunya sehebat dan setinggi Hassan al-Banna model muallim da’ie berjiwa cita, melalui sepak terajang dunia global dan liberal tidak semudah muallim yang reti bersahaja, tergadai anak bangsa dek alpa dunia.


Kubik Siasah Da’wah Muallim

Sun Tzu berstrategi dalam peperangan, strateginya dihikyatkan dalam buku the Art of War menajdi rujukan ahli siasah Gustin! Kamu ada idea tak Gus tentang isu yang terbaru ? Aku dah buntu ler . Mau tidak jangan jadi politikus ala Machiaveli, kita politikus Islami jangan terpengaruh dengan idea karya The Prince Machiaveli, jangan sampai dek kerana ingin mencapai matlamat siasah kita menghalalkan semua cara termasuk yang melanggari syariat, sahut Fathu Nursi kepada Gustin Prama Dewi, sahabatnya dari Indonesia yang memang cerdik dalam politik baru dan strategi berdepan dengan lawan demokrasi itu.

.

Di madrasah muallim ini, para muallimnya hanya sekitar 30% yang sedar kepentingan politik kampus apatah lagi faham mengenai apa yang Islam mahu dari politik, sahut Gustin. Gelombang politik mahasiswa pada kali ini amat kuat, mahasiswa ingnkan anjakan baru dalam petadbiran tertinggi yang telah dicanang dengan gambaran lemah sejak beberapa tahun lalu. Sahut Gustin, kita bukanlah hanya ingin mendapatkan kuasa Nursi , disebalik kuasa ada kewajipan yang lebih besar yang tidak tetanggung pun oleh bukit bukau utnuk memikulnya, Allah memilih manusia untuk memikul tugasan da’wah dan merealisasikan ayat-ayat Allah di muka bumi ini. Berat, sungguh berat.

Komitmen jihad siasah tidak boleh ditinggalkan seperti jug kita berjihad dalam jihad ta’lim. Golongan al-mala yang disebut dalam al-Quran dan dihuraikan oleh Prof Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Usul Da’wah merupakan penentang tradisi terhadap cita-cita Islam. Al-Mala inilah golongan yang membentuk dan mempunyai circle of influence untuk merosakkan pemikiran masyarakat sama ada dalam bentuk hedonisme , kuasa, penipuan , kronisme , rasuah dan lain-lain.

Golongan al-mala’ dalam pentadbiran mahasiswa perlu diruntuhkan Nursi supaya nanti mereka kehilangan circle of influence untuk mempengruhi mahasiswa dengan joget , faham nasionalis cauvanis yang menegenepikan Islam, tarian dan nyayian ala hedonisme dan segala macam bentuk kerosakan datang secara halus menjauhkan mahasiswa dari Allah dan Rasulnya. Orang tidak melihat apa yang kita lakukan, orang juga mengutuk kita , tapi Allah dan Rasulnya bersama mereka yang ikhlas , bijaksana dan berusaha untuk membawa agamanya dalam dukungan yang penuh isi yang lengkap dan melengkapkan manusia sesuai dengan tujuan hidup mengabdikan diri kepada-Nya dalam segenap aspek kehidupan.

Kisah ahli siasah sering kali dihikayatkan oleh mediawan kebuntuan, meneropong ruang berita yang menarik untuk mengisi ruang akhbar. Lahir banyak propanganda karutan yang merangka pemikiran ala fitnah yang banyak menimbulkan kerosakan turut mewarnai ruang politik kampus di madrasah muallim. Pertembungan antara falsafah dalam menyertai politik dan keseronokan pesta pilihan raya sering juga menjadi konflik perbahasan sentiasa.

Tidak kurang yang katanya mengamal politik Islam namun runtuh adab Islami bila berdepan lawan demokrasi dan jua mereka yang cauvanis, pendokong kroni-kapitalis, feudal jelmaan baru nasionalisme yang menangiskan dan menggeramkan Fathu Nursi bila mengenangkan kisah jahat gerakan nasionalis Ittihad wa Taraqi dan The Young Turks menjadi penggerak meroboh khalifah Islam 1924. Mereka pendokong nasionalisme movement, merencana gerakan meruntuhkan sistem kekuasaan Islam , menghasut meroboh faham ukhwah Islam dan menanam kiblat ‘bangsa’ jadi falsafah utama, lalu jiwa insan Islami dikotakkan, dijuzukkan, dikepil-kepil, digontel-gontel menjadi bulat lalu dibahagikan mengikut bangsa setelah ditapis dan dibuang licin faham kesatuan Islam dan ummah sebagai asas utama. Mestinya roboh adab dan kosong isi falsafah hidup sebenar fitrah insan khalifah Allah.

Maka sahut Nursi, apa perlu dibuat tanpa Islam mendapat kuasa politik, selamanya menjadi pemerhati dungu sang kekasih di bumi Palestin dihina, dibedil dikejami oleh Yahudi bila tiada kuasa siasah, melihat banyak domba menerjang ummah bila umat dungu tidak kisah siasah? Lihat saja atau cebrukan diri ? Kalau lihat dan kritik mesti tidak ke mana, masih sebegitu jua ! Mahu kalau ceburkan diri apa boleh dibuat, akhirnya tersangkut jua pada dikotomi doktrin memecahkan belah menjadi puak bertelagah menggadai ukhuwah Islamiyah ! Mana yang utama , dasar aqidah Islam atau bertolak ansur dengan kebatilan demi dogma ukhuwah sesama Islam , tidak mahu berpecah ? Fathu Nursi melontarkan persoalan demi persoalan .

Lalu apa prinsip kamu Nursi ? Tinggalkan saja, politik tidak layak bagimu, kamu lembik, orang politik mesti ada al-qawiy dan al-amin. Meninggalkan politik ? Apa maksudmu Gus ? Gustin menjawab, bukan apa Gus, maksud aku bukan kita meninggalkan politik , sebab politik sebahagian dari Islam, maksud aku politik yang melibatkan kepartian yang memerlukan seseorang memimpin badan pelajar yang melibatkan proses pemilihan secara pilihan raya untuk ditangungjawabkan mengurus, mentadbir , bercakap, berdepan dengan masyarakat . Jadi kena dilantik orang yang kuat dan bijak mengurusnya , jangan disilap letak orang yang lemah , kelak nanti menjadi fitnah pada Islam sendiri. Buatlah kerja politik dalam kehidupan harianmu, jangan tidak mengambil tahu langsung persoalan siapa akan menjadi pemimpin kita. Setiap yang kita lakukan seharian adalah politik, ekonomi, adab, sosial dan semuanya itu adalah ibadah kita