Khamis, 6 November 2008

BARACK HUSSEIN OBAMA II DAN HARAPAN BARU DUNIA

Bismillahirrahhamirrahim..

Saya telah mengikuti secara "surface" mengenai senario politik Amerika, dan secara umumnya kemenangan Obama sedikit memberi kelegaan berbanding jika dimenangi oleh McCain. Melalui penelitian secara umum, agak lega apabila melihat "the new president of theUnited States " bakal jatuh ketangan Obama. Obama dilihat lebih konsider jika dibandingkan dengan McCain yang dilihat cenderung untuk meneruskan ideologi Bush. Antara "term" yang dilihat memberi sedikit keterbukaan kepada dunia Islam yang ingin dibawa oleh Obama ialah mengenai dasar luarnya iaitu mengundurkan tentera dari Iraq serta berunding kembali dengan Iran, Syria, Korea Utara dan Cuba .


Barack Hussein Obama II (lahir 4 Ogos 1961) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-44 setelah mengalahkan John McCain dari Parti Republikan dan calon lain dalam pilihan raya presiden 2008. Beliau yang merupakan Senator Amerika Syarikat muda dari Illinois menjadi calon presiden Parti Demokrat setelah mengalahkan Hillary Clinton.Beliau merupakan orang Afrika Amerika pertama yang memenangi pencalonan presiden bagi mana-mana parti politik utama Amerika Syarikat.[1] Seorang graduan Columbia University dan Harvard Law School, di mana beliau telah berkhidmat sebagai seorang presiden Harvard Law Review, Obama telah bekerja sebagai pengurus komuniti dan telah membuka praktik guaman sebagai seorang peguam hak asasi sebelum berkhidmat selama tiga penggal di dalam Senat Illinois daripada 1997 hingga 2004. He taught constitutional law at the University of Chicago Law School from 1992 to 2004. (wikipedia).

Mursyidul 'Am sebuah gerakan Islam Malaysia, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat merupakan satu perkembangan baru politik dunia.

Beliau berkata, perkembangan itu membuktikan rakyat Amerika menolak cara agresif George W Bush yang sebelum ini menindas dengan rakus negara-negara umat Islam. "Apa yang diharapkan semoga Obama membawa harapan baru rakyat di seluruh dunia, sesuai dengan imejnya yang merupakan orang kulit hitam pertama yang bakal menjadi Presiden Amerika," tambah beliau lagi , "Sekarang rakyat Amerika dapat menerima seorang pemimpin kulit hitam dan diharap selepas itu serangan terhadap umat Islam juga berakhir tidak sebagaimana dilakukan Bush," (Harakahdaily).



Barrack Hussein Obama

Harapan baru yang diharapkan kepada Obama agar dapat menjernihkan kembali Islam dari kaca mata dunia dan membina kembali hubungan yang baik antara negara-negara Islam melalui sedikit kelembutan terhadap Islam yang ada padanya. Melalui sikap anti-perangnya , diharapkan agar penindasan terhadap negara Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya dapat dihentikan.

Jika dipandang dari sudut yang lain, Obama boleh dikatakan sama sahaja dengan McCain, kerana kedua-dua parti Amerika sama ada Demokrat dan Republikan dianggap tidak berlaku adil terhadap orang-orang Islam. Salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimun, Gamal Heshmat, tidak memberi pengharapan besar terhadap kemenangan Obama,

" Egyptian leader with the Muslim Brotherhood, the largest Islamist movement in the Arab world, said that his group doesn"t pin too many hopes on Obama"s presidency.

"There are certain fixed tenets to U.S. foreign policy that contradict the interests of our region and our nation such as their support for Arab rulers against the will of their own people, and the U.S. denial of human rights and freedoms to us and supporting the Zionist entity,"

" Heshmat said in a telephone interview from Damnhour, a city northwest of Cairo. "If this policy is to continue only with a softer face, then this is something we do not welcome. The elections will not represent much."
(ikhwanweb.net)

Walau apa pun situasinya, kita mengharapkan supaya kemenangan Obama dapat memeberi manfaat terhadap dunia Islam, menjaga kebajikan umat Islam Amerika, memberi ruang terhadap perkembangan Islam di barat serta dapat memeberi keamanan kepada dunia seluruhnya.