Selasa, 17 Februari 2015

'EID FITRAH

Assalamu'alaikum..




Roda masa terus berputar meninggalkan kita, berasa cepat masa berlalu, terasa baru sahaja sedetik waktu meninggalkan para 'homo Isalmicus ' (manusia Islam ) yang diasyikkan dengan urusan duniawi yang tidak berkesudahan.. 'Eid Fitrah 1429h sudah pun berlalu. Berkesankah tarbiyah Ramadhan yang dilalui? Adakah 'eid kali ini mengembalikan kita pada setiap detik fitrah tarbiyah Ramadhan yang dilalui? Menjadi persoalan signifikan, perlu dijawab dan hanya diketahui natijahnya oleh empunya hati dan nurani.



SECEBIS KISAH 'EID AL-MUBARAK




'Eid Al-Mubarak dan Ziarah 'Ulama




Seperti kebiasaan tahun-tahun yang lepas, antara rutin yang menjadi kemestian pada pagi hari pertama 'Eid Fitrah saya penuhi dengan menziarahi dua tokoh 'ulama yang disegani , selepas solat 'Eid kebiasaannya diisi dengan ziarah kubur dan terus ke rumah Mursyidul 'Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka dan kemudiannya kerumah Ustaz Muhammad Daud Iraqi (Ketua Dewan 'Ulama PP) di Kubang Kerian. Bernasib baik kerana keduanya merupakan sahabat baik ayahanda dan rumah hanya 2km dari sana.










'Eid Fitri 1 Syawal 1428H




'Eidul Fitri 1 Syawal 1429H


Seperti kebiasaan apabila tiba di perkarangan rumah Tuan Guru, beliau akan berada di sudut depan rumah kayunya yang berwarna hijau, melayani tetamu yang datang menziarah beliau, tetamu dari pelbagai latar belakang, Cina, India, kanak-kanak dan dewasa. Gambaran akhlak seorang 'ulama terpancar tatkala melayani tetamu, tersenyum manis dengan wajah tenang bercampur serius, seolah-olah memikirkan sesuatu, itulah gamabaran wajah Tuan Guru yang saya gambarkan.




Gambar: Mursyidul 'Am mesra bersama non-muslim






Gambar : Mursyidul 'am yang mesra melayani anak-anak kecil.

Saya bermonolog.."Inilah keistimewaan seorang 'ulama yang ikhlas dalam kehidupannya, senantiasa membuat manusia berasa istimewa tatkala berada disampingnya, membuat manusia tertarik dengan kata-katanya, terpesona dengan akhlaknya, terlaku dengan nasihatnya, jika hadith yang mafhumnya menyatakan pada setiap satu abad akan ada seorang tokoh mujaddid (pembaharu) yang akan memperbaharui agamanya (Islam), justeru dalam abad ini dan konteks Malaysia beliaulah orangnya,." monolog bersendirian.





Roda masa terus berputar menangisi diri,


Hari berganti hari,


Bulan berganti bulan Islami,


Tahun berganti tahun yang dilalui,










Begitulah juga hakikat perjalanan hidup manusiawi,


Akan terus dimamah usia dan akhirnya mati,


Terasa perjalanan haraki Islami terus diputar roda masa ini ,


Sejalan dengan perjalanan masa dan duniawi,


Hakikatnya begitulah perjalanan haraki,










Dulu berganti kini,


Tokoh berganti tokoh yang disegani,


Imam Hassan Al-Banna sudah pun pergi,


Namun pemergiannya terus berganti..










Tuan Guru masih di sini,..


Terus berjuang memimpin perjalanan haraki Malizzi (Malaysia),


Terus dan terus dimakan masa ini,


Sedarlah kita suatu masa beliau juga akan pergi...


Sejauh mana kita menghargai,


Mungkinkah ada pengganti?


-Ahmad al-Fatih-






“Sesungguhnya yang takut kepada Allah hanyalah ulama.” (Fathir: 29)


"Para ulama adalah pewaris para Nabi dan bahawasanya para Nabi tidak mewariskan harta berupa dinar dan dirham akan tetapi yang diwariskan mereka hanyalah ilmu maka barangsiapa yang mengambilnya bererti telah mengambil bahagian terbesar (dariwarisan mereka) ."
(Riwayat Abu Daud. Disahihkan oleh Al-Albani)