Isnin, 29 Disember 2008

The Brutal Israeli Terrorist Air Strikes On Palestinian

Several days without surf the internet makes me feel likes live in the box, when i'am surfed the internet yesterday, i have read one issue about Palestinian, when all of muslims world celebrate the early Muharam day, we were shocked by the hundreds of Palestinian citizens were brutally killed after Israeli terrorist attacks on civilian districts in the Gaza Strip by Israeli occupation air force on Saturday. As a muslim, the Palestianian issue is also our responsibility to response about it and to fight over the Zionist crime.


"…a person who hears the voice of a man who calls the Muslims to his help but he does not respond to him, is not a Muslim." -- Prophet Muhammad


The Palestine issues is not only their civilian responsibility. It's concern with us, as muslims. The brutal Israeli (laknatullah) air strikes on Gaza Strip reaped more than 300 Palestinian lives, and wounded close to 1000 others, scores of them in critical conditions.

No doubt we must have solidarity with the people of Palestine to support their firmness and encourage and inspire Gaza's heroes in their confrontation with Israel and journey to freedom, by the will of God. Let's pray for our Palestinian safety. Allahummansuril Islam ma wal muslimin na wal mujahidin na fi Palestin.

Rabu, 10 Disember 2008

LASKAR PELANGI MENGINGATKAN GURU ERTI PENDIDIKAN

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah di sebalik urusan kehidupan yang tidak berkesudahan, di saat ini saya masih lagi berkesempatan untuk berkongsi sedikit hikmat yang ada. Bicara artikel saya pada ‘entry’ kali ini berkisar mengenai sebuah novel karangan Andrea Hirata, bertajuk LASKAR PELANGI, saya kira novel ini mesti dibaca oleh guru-guru dalam menghayati erti kesusahan, pengorbanan, kejujuran dan kekuatan dalam menjadi guru yang selayaknya digelar Muallim dan Murabbi. Kisah kehidupan 10 orang murid yang berjuang dalam lapangan kehidupan dengan serba kekurangan. Novel ini mempunyai 32 bab dan bahasa yang digunakan begitu indah dan semestinya dalam bahasa Indonesia. Sebuah filem yang berkisah mengenai novel ini sudahpun dikeluarkan di Indonesia dan telah menjadi filem yang hangat di Indonesia.


REALITAS KESUSAHAN MENDAPATKAN PENDIDIKAN

Gambaran kesusahan dapat dihayati tatkala betapa sukarnya kehidupan dua orang guru (Pak Harfan dan Bu Mus) yang tinggi tingkat pengorbanan dan kesabarannya demi untuk memberi pendidikan kepada bangsa Melayu Islam di Pulau Belitong Indonesia. Mengajar tanpa mendapat sebarang gaji dan yuran.

Dengan keadaan sekolah yang hampir roboh, beratap yang sentiasa bocor, berdinding papan,berlantaikan tanah, berpapan tulis lusuh dan berkapur tumpul, inilah gambaran suasana pendidikan yang digambarkan dan terkadang membuatkan kita berfikir, masih wujudkah lagi keadaan seperti ini dalam dunia yang berada dalam pemodenan ini.

SD Muhammadiyah merupakan sekolah yang berpandukan pendidikan Islam dan berslogan ‘amr bil ma’ruf wa nahyu’anil munkar’. Pada kisah pertama novel ini menceritakan bagaimana sekolah ini hampir dibubarkan tatkala jumlah murid yang diperlukan seramai 10 orang tidak mencukupi. Hanya seorang lagi pelajar diperlukan, namun tatkala hampir Pak Harfan membaca teks ucapan pembubaran, sampai seorang murid yang bernama Harun menyelamatkan mereka.

Kesusahan hidup menjadi persimpangan kepada keinginan ibu-bapa untuk menghantar anak ke sekolah. Itulah realiti yang wujud diceritakan dalam novel ini, ibu-bapa lebih rela menghantar anak untuk bekerja dari menghantar mereka ke sekolah.

LASKAR PELANGI MENGEMBALIKAN RUH KESEDERHANAAN
MENGINGATKAN ERTI KESUSAHAN


Filem Laskar Pelangi

Membaca bahagian awal novel ini mengingatkan saya tentang pemikiran Prof Hamka dalam perjuangan bersama Muhammadiyah, betapa sukarnya perjuangan Muhammadiyah di sana untuk membentuk generasi taqwa jika dibandingkan kita disini. Saya berfikir sejenak, patutlah dalam sekian banyak karya Buya Hamka, banyak menghikayatkan tentang kesederhanaan, kesusahan hidup, ketinggian budi, kejujuran dan kesabaram. Rupanya realiti kehidupan bangsa Indonesia dapat saya fahami melalui novel Laskar Pelangi ini.

Saranan saya kepada rakan-rakan bakal guru, novel ini sesuai untuk dijadikan pedoman dan motivasi, kerana realiti seumpama ini masih lagi wujud di negara kita Malaysia. Novel ini sejujurnya memberi peringatan kepada kita yang kealpaan dalam kesenangan. Selamat membaca. Sirru ‘ala barakatillah.