Khamis, 4 Jun 2009

CORETAN IDEA FETHULLAH GULEN DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN

Mukaddimah

Sejak kebelakangan ini, saya telah tenggelam dalam goda pesona dunia penulisan. Tatkala menaip sambil menyiapkan report Rancangan Orientasi Sekolah, saya penuhi ruang waktu untuk menulis sebagai hobi tatkala kepuasan menulis report, jadi lebih baik kesempatan diguna agar tidak terasyikkan.

Fethullah Gulen merupakan tokoh pemikir Islam Turki yang merupakan pengikut Syeikh Bediuzzaman Said Nursi menerusi gerakan Nursi. Kita kerap mendengar aliran Fethullah Gulen adalah pecahan dari gerakan an-Nur Said Nursi dan ianya berkembang dengan pesat dan mengagumkan.

Syeikh Bediuzzaman Sa'id Nursi, periodik kedua kehidupannya :

"A'uzibillahi minas syaitanir rajim was siyasah"(aku berlindang dari syaitan dan siasah/politik), seterusnya menumpukan perhatian mendidik masyarakat."

Setelah menilai tentang beberapa perkara yang ingin ditulis, akhirnya saya terfikir untuk membincangkan mengenai content pendidikan idea Fethullah Gulen yang di muat turun dari web Gulen beberapa hari lepas. Isi perbincangan ini saya rujuk dari artikel bertajuk “Pedagogical Model of Gulen and Modern Theories of Learning” yang membincangkan model pendidikan Gulen, diadun dan dihurai bersama tulisan Gulen sendiri mengenai Education Of The Child.


Fethullah Gulen dan gerakan Gulen meneruskan idea gerakan an-Nur Sa'id Nursi


Model Pendidikan Fethullah Gulen

Artikel tersebut membincangkan tentang model pendidikan yang dihuraikan oleh Fethullah Gulen dalam siri ceramah beliau mengenai perkahwinan dan pendidikan. Model pendidikan Gulen membincangkan pendidikan dalam konteks anak-anak atau peranan ibu-bapa sebagai pendidik utama.

Kebiasaannya,antara sumber rujukan umat Islam dalam memahami asas pendidikan awal kanak-kanak dirujuk menerusi kitab Tarbiyatul Awlad (Pendidikan Anak-anak) karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan. Kali ini, kita menjumpai satu lagi model pendidikan anak-anak menerusi idea Gulen.


a) Asas Penting

Menerusi model ini, beliau memperkenalkan beberapa asas pendidikan yang perlu dididik oleh ibu-bapa apabila anak-anak mereka melalui proses perkembangan. Asas-asas tersebut merangkumi :

1) Melihat kepada kehendak fizikal anak-anak.
2) Kesepadanan tahap didikan disiplin dan etika mengikut tahap umur.
3) Pendidikan moral; pendidikan keimanan dan pengabdian diri.
4) Keadilan dalam kalangan adik beradik.
5) Menyelamatkan dari keburukan dan kemudaratan yang mungkin berlaku.

b) Ibu Sebagai Guru Utama

Gulen menekankan bahawa ibu mesti bertindak sebagai guru utama buat anak-anak. Ia diambil dari pandangan Sa'id Nursi yang menyatakan bahawa apa yang dipelajari oleh seorang anak dari ibunya, akan membentuk rupa atau sifat serta karakter penting anaknya.

c) Pertimbangan dan Persediaan Terhadap Persekitaran


Sarananya juga supaya ibu-bapa perlu prihatin tentang setiap aspek kehidupan seorang anak. Perlunya bersedia dan merancang untuk menghadapi persekitaran. Analsis kemana anak bermain dan pastikan sumber yang diperolehi dari persekitaran yang mempengaruhi minda anak selari dengan pendidikan yang telah diterapkan.


d) Seimbang Memuji Juga Memberi Ganjaran

Gulen mencadangkan agar dalam memberi pengukuhan positif atau negatif ibu-bapa perlu pandai menimbang sejauh mana kepentingannya. Tunjukkan kepercayaan dan kasih sayang terhadap anak.

e) Rancang Pendidikan Anak Sebelum Perkahwinan

Menariknya disini, Gulen tidak membincangkan persoalan pendidikan anak-anak selepas ibu-bapa telah berkahwin atau sudah mempunyai anak, tetapi beliau melihat pendidikan anak-anak perlu dilihat atau dirancang sebelum proses perkahwinan berlaku. Maknanya Gulen amat mengambil berat terhadap institusi keluarga supaya memahami persekitaran kanak-kanak sebelum dan selepas berkahwin.


Utamakan pendidikan anak-anak sejak kecil hingga dewasa


“Pendidikan anak-anak perlu dirancang sebelum perkahwinan dan berterusan. Ianya boleh dilatih menerusi pemahaman terhadap persekitaran kanak-kanak”


Gulen mencadangkan kepada ibu-bapa agar melihat dan mengambil perhatian terhadap pendidikan anak-anak sebagai tugas terpenting dalam kehidupan dimana ibu-bapa meletakkan masa untuk mendidik anak sebagai keutamaan dari aktiviti regular yang lain.

“Ibu-bapa perlu menitik beratkan pendidikan anak semasa kecil dan rutin mendidik dimasukkan sebagai perkara utama dalam kehidupan seharian”

Teori Pendidikan Barat Moden Dan Ideea Gulen

Pada semester lepas antara kertas atau subjek yang telah saya pelajari termasuk Pedagogi Pendidikan bersama pensyarah Prof Emeritus Ishak Haron dan Psikologi Pendidikan bersama Dr. Suppiah. Sememangnya subjek-subjek ini banyak membawa idea atau teori pendidikan moden seperti Albert Bandura, teori Vygotsky dan beberapa teori yang lain.

Seraya dengan itu saya teringat kata-kata Dr. Hisyam dalam sesi usrah mingguan, mafhumnya mengapa kita menerima bulat-bulat teori barat tanpa melihat dan menilai terlebih dahulu, adakah tiada teori lain selain Taksonomi Bloom serta mengapa tidak kita yang menjadi pencipta teori . Huraian dari artikel menyatakan bahawa terdapat keselarasan antara teori Gulen dengan teori barat moden. Seperti dinyatakan berkenaan idea Gulen dan Bandura :

“The more credible the observed individual is, the more impact their actions have on the observer. The observations about self-efficacy and the role of credibility are in line with Gulen's emphasis on role models and their credibility.Gulen suggests that parents consider child education as a crucial duty in their lives and just as parents dedicate time on a regular basis for otheractitivites, they dedicate regular periods for the education of their children”
Albert Bandura dan Teori Psikologi Pendidikan

Pandangan saya menyatakan Fethullah Gulen berjaya menyediakan satu teori alternatif baru kepada kita. Menerusi model pendidikan beliau, kita berjaya melihat kemampuan Islam dalam mencipta teori pendidikan Islamic dan mengapa kita masih perlu terikat sepenuhnya dengan teori Taksonomi Bloom, Bandura, Vygotsky dan lain-lain. Sudah sampai masanya kita melihat teori pendidikan barat moden menerusi teropong Islam. Fethullah Gulen telah membuktikannya.



"Gulen berjaya menyediakan konsep pendidikan anak-anak Islamic dan berjaya membuktikan bahawa Islam mampu menyediakan pandang alamnya sendiri mengenai dunia pendidikan tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada teori psikologi pendidikan barat ”

Alternatif Islamic Early Child Education, PASTI dan Lain-lain

Realiti zaman telah meletakkan ibu-bapa untuk kedua-duanya bertindak sebagai pencari rezeki dan punyai masa yang terhad untuk mendidik anak-anak dirumah. Hampir separuh dari masa seharian digunakan untuk bekerja dan sebelah malamnya pula digunakan untuk istirehat.

PASTI dan faham Islam

Memangnya ibu-bapa kini punyai masa terhad. Maka dengan itu alternatif pendidikan untuk anak-anak pada peringkat kecil wajar dinilai dan dipilih kearah meletakkan anak-anak agar faham Islam pada peringkat awal kehidupan dan seterusnya senang dididik tatkala meningkat keremajaan serta kedewasaan.

Melihat kepada institusi early child education yang terdapat di Malaysia, terdapat pelbagai existensi alternatif pendidikan anak-anak daripada yang berpendekatan Islam mahupun nasional. Wujudnya Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), TASKI dibawah kelolaan ABIM , pusat asuhan berunsur kenegaraan (nasional) iaitu TABIKA KEMAS serta banyak lagi private institusi pendidikan awal kanak-kanak yang boleh dipilih.

Tabika Kemas dan faham Patriotik Nasionalis yang tidak disuntik faham Islam sepenuhnya

Peringkat prasekolah sekitar umur 4-6 tahun merupakan peringkat penting bagi pekembangan kanak-kanak. Ahli psikologi pendidikan menyatakan pada peringkat ini munculnya teori kendiri. Peringkat ini juga kanak-kanak akan melalui proses imitasi iaitu peniruan mengikut kecenderungan jantina. Sebagai contoh mudah, anak lelaki yang lihat bapanya bermain bola cuba meniru bapanya dengan meminta bapanya membeli bola. (Psikologi Pendidikan, 2008)


Oleh itu peringkat kanak-kanak adalah amat penting untuk diterapkan didikan kendiri positif Islamik dan peniruan positif Islamik kerana ianya memberi kesan yang dalam terhadap pandang alam kanak-kanak. Maka apabila institusi pendidikan kanak-kanak mengajarkan peniruan Islamik, contohnya demonstran cara bersembahyang, memakai tudung dan berpakaian menutup aurat, kanak-kanak dengan itu akan terikut dengan kebiasaan tersebut.

Sekiranya berlaku perbedaan dari apa yang mereka tahu, seraya dengan itu mereka akan berasa malu dan janggal. Contohnya, kanak-kanak diajar di PASTI untuk memakai tudung, tiba-tiba masuk kealam sekolah disuruh tidak mamakainya, tentunya akan menimbulkan rasa malu dan janggal pada diri anak-anak tersebut.

Oleh sebab itulah Fethullah Gulen amat menekankan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak, kerana menurut pandangan saya, pada peringkat inilah pandang alam kanak-kanak terbentuk. Jika pandang alam Islamik di pasakkan diminda anak sejak kecil, maka InshaAllah pada masa remajanya akan menjadi baiklah anak ini, sebaliknya jika dipasakkan pandang alam non-Islam atau nasionalis dan sebagainya maka tunggulah serigala jelmaan moden untuk menelannya.


"Serigala zaman jelmaan baru dan moden bertopeng social sickness, fahaman menyesatkan, hedonisme, berkiblatkan barat dan macam-macam itu sedang menanti untuk membaham cahaya baru Islam andai ibu-bapa tidak serius dalam pendidikan Islam anak"

Sarana saya kepada ibu-bapa, disebabkan anda disibukkan dengan urusan kerja seharian dan punyai waktu terhad mendidik anak-anak, maka hantarlah anak ke institusi pendidikan kanak-kanak yang berteraskan Islam bukannya nasionalis (nasionalis dalam maksud yang meletakkan bangsa sebagai dasar perjuangan serta bercanggah dengan Islam) . Banyak option boleh dibuat, PASTI dan pusat-pusat lainnya.

Konklusi

Pendidikan sebagai fundamental penting alam manusia kearah memanusiakan manusia sewajarnya diberi nafas Islam sepenuhnya. Malangnya kita umat Islam tidak merancang pendidikan anak-anak sama ada sebelum atau selepas berkahwin sehinggakan ramai membiarkan anak-anak dimakan oleh serigala zaman yang menjelma dalam pelbagai bentuk sama ada “social sickness” faham-faham menyesatkan begitu juga kealpaan berkiblatkan barat.

Akibat ketidakseriusan kita membiarkan anak-anak berada di bangku persekolahan bernafas moden yang dualis jelmaan sekular tanpa mengambil peranan mendidik dirumah sebagai keperluan, maka bersedialah menerima konsikuensinya.

Serigala-serigala jelmaan ini sedia membaham cahaya baru Islam sekiranya tunas Islam tidak diasuh dari kecil dengan kemantapan Iman. Begitulah signifikan dan seriusnya Fethullah Gulen dalam menyatakan betapa pentingnya pendidikan anak-anak menerusi faham Islam perlu bermula sebelum perkahwinan berlaku dan berterusan sehingga nafas terakhir.


p/c : InshaAllah next post, I will discuss about 9 concept towards education through Fethullah
Gulen perspective.

Rujukan :
www.fethullahgulen.org

CHILDREN OF ISLAM BY FETHULLAH GULEN

Selasa, 2 Jun 2009

MENEROPONG IDEA ASRAR-E-KHUDI DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN

Muqaddimah

Bicara pada kali ini dikongsikan dengan perbincangan mengenai idea seorang tokoh mujaddid Islam yang merupakan seorang poetry, politician, failusuf dan pemikir Islam (1877-1938). Pada sesi lepas sempat saya membincangkan mengenai Muhamad Iqbal berkenaan biodata beliau. Tidak terfikirkan bagaimana saya boleh melihat dan sedikit tertarik dengan pemikiran beliau kerana ianya ternyata accidently. Cerita pertama mengenali Muhamad Iqbal dikenali tatkala membelek naskhah-naskhah buku yang berada di rak tokoh-tokoh pemikir di perpustakaan rumah. Sebuah buku bertajuk Tokoh-tokoh Pemikir Islam versi Indonesia dijumpai. Lantas saya membaca dan tertarik dengan ideanya walaupun tidak banyak membaca karyanya yang berat-berat itu.


Allama Mohamad Iqbal




Konsep Khudi Muhammad Iqbal


Hikayat yang ingin dibawakan menerusi perbincangan ini ialah bagaiamana idea Khudi Iqbal di kaitkan dengan pendidikan. Asrar-e- Khudi bermaksud the Secrets of the Self yang merupakan koleksi pertama puisi beliau. Memahami konsep khudi (self) ianya berkaitan dengan pemahaman ego dan menitikberatkan roh atau jiwa dalam diri berasaskan agama dan perspektif spiritual.


Konsep pemahaman khudi ini boleh di celikkan dari pandangan bahawa seluruh alam atau diri kita mesti akan melihat sesuatu perkara berasaskan kepada kemahuan diri.yang terpandu oleh Al-Quran dan Sunnah. Hal ini tidak bermakna Iqbal membenarkan idea ini dengan faham bahawa sesuatu perkara boleh dilakukan mengikut kemahuan diri waima boleh merosakkan diri. Pemahaman ini salah dan mendapat condemn dari Iqbal.


Antara lainya, objektif kehidupan menerusi konsep khudi ialah :


"Kesedaran pada diri (self-realization) dan keilmuan pada diri (self-knowledge)"


Beliau melakarkan peringkat yang mana diri mesti melalui dan melepasinya sebelum akhirnya sampai kepada satu noktah kesempurnaan diri dimana seseorang mampu mengenali diri untuk menjadi hamba yang mentaati Allah.


Khudi dan Perspektif Pendidikan


Menerusi kefahaman mendalam Iqbal terhadap pelbagai prinsip keilmuan, maka secara parallel nya Iqbal amat memahami kehendak pendidikan. Tujuan pendidikan menurut Iqbal ialah penerusan keutuhan sebuah negara dan kesanggupan untuk memberi sumbangan yang berterusan. Hanya melalui pendidikan umat Islam dapat memperbaiki nasibnya.(Tajul Ariffin, 1992).


Falsafah Khudi boleh dimaksudkan secara mudahnya sifat perseorangan. Kefahaman ini boleh dimanifestasikan sebagai suatu pendekatan dimana seseorang itu mendidik diri sendiri serta berjuang menjadikan dirinya seorang individu yang sempurna, seterusnya dapat menyumbang kepada wujudnya sebuah kerajaan Islam dimuka bumi.


" Seseorang itu mendidik diri sendiri serta berjuang menjadikan dirinya seorang individu yang sempurna, seterusnya dapat menyumbang kepada wujudnya sebuah kerajaan Islam dimuka bumi"



Saya melihat maksud ini menerusi perspektif pemahaman pengkhususan pada realiti bidang. Ini bermaksud, seseorang yang berada dalam sesuatu prinsip keilmuan atau bidang yang berbeda-beda itu perlu mendidik diri kearah kesempurnaan dalam bidang mereka sendiri sehingga boleh menguasai bidang tersebut secara mendalam yang akhirnya memberi sumbangan kepada the renaissance of Islam.


Boleh difahami bahawa seorang doktor mengkhususkan bidangnya sehingga pakar (profesional), seorang pendidik mengkhususkan secara kritikal dalam bidangnya sehingga pakar dan begitu jugalah bidang lainnya. Ringkasnya, secara individu seseorang itu melatih diri kearah kesempurnaan bidang diceburi. Ini pemahaman saya dan konsep ”self ” atau khudi ini sebenarnya lebih membawa kepada pentingnya keyakinan dan harga diri.


Khudi dan Pendidikan Kearah Perkembangan Potensi Diri


Maknanya falsafah khudi ini menekankan persoalan perkembangan potensi individu. Potensi individu inilah perlu dikembangkan menerusi pendidikan. Potensi yang ada pada diri seseorang individu inilah yang perlu dikembangkan seterusnya menjadikan sesuatu bangsa itu terkedepan dan lahirnya ramai penyumbang kepada the renaissance of Islam.


"Potensi yang ada pada diri seseorang individu inilah yang perlu dikembangkan seterusnya menjadikan sesuatu bangsa itu terkedepan dan lahirnya ramai penyumbang kepada the renaissance of Islam"

Saya melihat idea ini sejajar dengan apa yang dilaksanakan oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali. Membaca buku Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya al-Aqsa Ke Pangkuan Islam ada menjelaskan, tatkala zamannya dipenuhi kecelaruan pertikaian mazhab, kesesatan ahli sufi dan falsafah serta perebutan kuasa politik. Imam al-Ghazali mengambil pendekatan dengan beruzlah dan memperbetulkan kembali potensi diri kearah ketaatan yang sebenar seterusnya beliau kembali ke alam realiti mendidik masyarakat. Peringkat pertama islah diri ialah melihat kepada siri sendiri dan memperbetulkannya.



Pentingnya kita yang berada dalam organisasi atau jamaah mengembangkan potensi diri dengan tidak menjadi ahli yang muqallid (pengikut tanpa menilai) sahaja sehinggakan tidak memberi idea kearah perkembangan potensi diri. Muqallid (dalam maksud tidak menilai terlebih dahulu) menyebabkan kita mentempurungkan potensi diri dengan meletakkan barrier (penghalang) kepada tercungkilnya ilmu dan idea.


"Al-Ghazali beruzlah dan memperbetulkan kembali potensi diri kearah ketaatan
yang sebenar seterusnya beliau kembali ke alam realiti mendidik masyarakat"



Align Center

Imam Abu Hamid al-Ghazali



Konklusi


Akhirnya saya membuat beberapa kesimpulan penting dalam proses pendidikan diri :


1) Perlu dibuangkan perasaan rendah diri yang menebal. Seperti kata Prof Dr Wan Nor Wan Daud , masalah yang melanda umat Islam seluruh dunia berasal dari perasaan rendah diri yang menebal dan memilukan.


2) Kembangkan potensi diri. Setiap orang ada potensi yang perlu dicungkilkan mengikut kemampuan masing-masing.


3) Ambil masa beruzlah kearah menilai kembali potensi diri dan melakukan correction terhadap kesilapan. Pendekatan ini diambil dari fiqh sirah Rasulullah SAW di gua Hira’ dan manhaj ini diteruskan al-Ghazali dan serta dibawa pula oleh konsep khudi.


Sebagai pengakhiran perbincangan kali ini saya bawakan puisi nukilan Allama Muhamad Iqbal;


In the West, Intellect is the source of life,
In the East, Love is the basis of life.
Through Love, Intellect grows acquainted with Reality,
And Intellect gives stability to the work of Love,
Arise and lay the foundations of a new world,
By wedding Intellect to Love.

Juga sebuah karya puisi Iqbal, "THE RENAISSANCE OF ISLAM" (KEBANGKITAN ISLAM)