Isnin, 12 Disember 2011

Demokrasi baru

Dulu, saya cuba mencari buku ini dibeberapa tempat termasuk MPH Mid Valley dan Kinokuniya KLCC. Malangnya tiada. Akhirnya , saya menjumpainya di internet lalu dicetak dan dijadikan sebuah buku.

Lima bulan lalu, sewaktu saya membacanya, Tunisia masih dalam proses revolusi. Kini penggerak utama politik Tunisia, Rachid Ghannouchi telah menjadi salah seorang dari 100 tokoh pemikir global (Global Thinkers) yang dinobatkan oleh Foreign Policy Magazine. Parti an-Nahdah pimpinan beliau menjadi model baru selepas AKP, Erdogan di Turki.

Baru habis membaca buku ini. Dr Azam Tamimi mengarang buku kira-kira tepat pada masanya. Saat Rachid Ghannouchi menjadi fenomena baru dunia pemikiran politik Islam pada hari ini, buku ini mungkin menjadi bahan penting dalam memahami pemikiran beliau.


Idea beliau bahawa sistem demokrasi adalah manifestasi dari syura Islam dan umat Islam perlu melibatkan diri dalam demokasi menjadi perdebatan penting masa kini. Ia semacam sealiran dengan gelombang Erdogan pada masa lalu.

Memetik nukilan Dr Azam Tamimi dalam menghuraikan idea Ghannouchi dari ungkapan Tawfiq ash-Sahawi, katanya, "When the tree of shura withered in the land of Islam for lack of maintanence, its seeds landed, that is during the Renaissance, in the lands of the Europeans where the tree of democracy grew and blossomed"

Saya percaya, keterbukaan Ghannouchi dalam menganalisa mazhab pemikiran, mengadun dan menyeleksi idea dengan kritis, akhirnya melahirkan ijtihad tersendiri . Ia menjadikan beliau begitu unik.

Dari Nassirism-Arabism kepada Salafis, dari Tabligh kepada ahli falsafah, dan akhirnya menjadi a Muslim democrat.

Sabtu, 3 Disember 2011

'For teachers as well'

Karya Prof Dr. Syed Hossein Nasr ini bukan saja sesuai untuk pemuda Islam bahkan juga sesuai untuk para pendidik yang berada di dunia latihan dan pendidikan bagi membentuk pemuda pemudi Islam.

Dr. Nasr merupakan antara Occidentalists (pengkaji tentang Barat dari perspektif Islam) yang banyak melontarkan idea dan solusi bagi menghadapi cabaran dunia moden hari ini terutamanya bagaimana respon seorang Muslim dalam menguruskan pengaruh pembaratan dalam pemikiran umat Islam.

Inilah cabaran paling besar abad ini. Menghadapi ancaman pemikiran Barat yang merebak dengan pantas. Kita masih lagi tersiksa dengan rendahnya penguasaan ilmu dalam masa yang sama dipengaruhi oleh idea, produk, aktiviti pembaratan bermula dari kenderaan hinggalah teknologi, dari perfileman kepada sastera dan dari falsafah hinggalah ekonomi.

Seperti disebut Muhammad Asad dalam Islam at The Crossroads tentang konsep 'buying' dan 'selling' dalam menggambarkan hubungan kita dengan Barat. Kita hanya mampu membeli apa saja yang datang dari Barat namun kita tidak mampu menjual apa yang kita ada. Akhirnya, kita terperangkap dalam kemunduran dan ketidakcerdasan.

Menghadapi tantangan ini, tanggungjawab dan bebanan terletak di bahu pemuda Muslim. Masa depan dunia Islam bakal dicorakkan oleh generasi muda Muslim.

"It is hoped that the young Muslim, who must carry the responsibility and the burden for the future of the Islamic world upon his or her shoulders, will be able to carry out this responsibility more successfully by gaining a more profound knowledge of the West.

Such a knowledge will not only,enable that person to navigate more successfully upon the very dangerous and stormy sea of the modern world and to protect his or her faith against all of the dangers lurking at every corner, it will also help to formulate, with the help of Allah, the necessary Islamic responses which would guarantee for those young Muslims and for the Islamic world as a whole, for which young educated Muslims will of necessity become leaders, a safe future, and will also safeguard the continuation of a civilization impregnated by the message of the Quran.

But more important than that, such a knowledge will help to defend the religion at the heart of that civilization, a religion which has continued to echo over the ages and is still the vehicle for the truths revealed in the Noble Quran through the Blessed Prophet of Allah who was destined to bring the final plenary message from Heaven to present day humanity." (Syed Hossein Nasr, A Young Muslim Guide to the Modern World).



*Setelah lama menyepi, diriku kembali menulis. Namun, tulisanku kini dan akan datang hanya menceritakan tentang buku. Apa yang aku baca ?