Sabtu, 4 April 2009

SARANA JIHAD TA’ALIM (PENDIDIKAN) SYEIKH SA’ID HAWWA MESTI DI KAJI BAKAL PENDIDIK



Bismillahirrahmanirahim.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit coretan ilmu daripada lautan ilmu yang luas terbentang. Pada penulisan kali ini, saya membawa satu perkara yang mungkin kita tertinggal atau teralpa untuk mempelajari dan mengaplikasinya.

Lapangan pendidikan merupakan lapangan mulia yang dibentangkan Allah kepada kita selaku bakal pendidik untuk menghasilkan benih-benih subur yang akan melahirkan buah-buahan masak dan manis untuk Islam. Vacuum yang ada mesti diisi dengan “content of knowledge” yang diserap padanya penghayatan Rabbani dan ilmiah dalam setiap disiplin ilmu yang disampaikan kepada pelajar. Oleh itu sarana Syeikh Sa’id Hawwa, seorang tokoh ulama ikhwan Syria wajar dikaji oleh kita yang mayoritasnya bakal menjadi seorang pendidik. InshaAllah.


Saya amat bersetuju dengan saranan dan dokongan dari Dr. Hisyam hasil perbincangan tempoh hari. Jika kita boleh mempelajari teori-teori pendidikan barat, contohnya dalam buku The Art Of Teaching oleh Gilbert Highet yang menyatakan 4 ciri guru cemerlang itu, mengapa tidak juga kita mendalami idea Islam dalam hal ini. Idea penulisan ini juga merupakan kesinambungan dari nasihat dan saranan beliau kepada kami.


Menyedari bahawa lapangan kita adalah berbeza namun tidaklah kontradiktif jika dibandingkan dengan kampus lainnya. Sewajarnya pemfokusan kita ialah pada lapangan pendidikan bukannya terumbang-ambing tanpa haluan dan bercampur aduk dengan idea-idea yang terlalu politik atau beraksi seperti ingin menjadi politikus parti. Sememangnya siasah merupakan salah satu dari tarbiyah, namun siasah kita pada lapangan pendidikan, beraksilah dilapangan ini. Tetapi ingat! pada waktu-waktu tertentu khususnya saat diperlukan perlu diberi komitmen juga.

Antara perkara yang dilihat menjadi penyulubung terhadap kaburnya objektif yang jelas ialah barrier in mind . Halangan pemikiran yang seakan-akan berada hanya pada satu jalur sahaja menyebabkan objektif dan haluan yang sudah sedia tersorong seakan-akan berubah kepada jalur yang lain yang tidak sejalan dengan ’education world’. Sarana memahami dengan sebaiknya jihad pendidikan yang disarankan oleh Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah Tsaqafatan Wa Akhlaqan perlu diteliti dengan serius kearah pemahaman yang jelas tentang hala tuju pendidikan.





Syeikh Said Hawwa menyatakan, ”Jundullah adalah orang-orang yang telah mengkhidmatkan dirinya pada jalan Allah dengan membawa nilai-nilai Rabbani dan menyeru manusia kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang memberikan loyalitas (wala’) hanya kepada Allah, Rasul, dan orang-orang yang beriman. Dalam memperjuangkan dan menyeru manusia pada nilai-nilai Rabbani, seorang Jundullah harus memiliki bekal. Mana mungkin ia dapat mengajak manusia kepada kebenaran, sedangkan ia tidak mengetahui bekal apa yang harus dibawa. Yang disoroti adalah tentang intelektualitas dan akhlak seorang Jundullah, suatu aspek yang sangat penting dan mendasar.

Weltanschaaung (gambaran) secara umumnya, buku tersebut menghurai persoalan jihad dalam dimensi yang cukup holisitik, pembahagian huraiannya di berikan dalam beberapa bentuk iaitu pada bahagian pertama menyentuh mengenai pentingnya Jundullah Tsaqafah yang dirangkulkan perbahasannya dalam 11 sub tajuk seperti kepentingan mendalami Ilmu Keimanan, al-Kitab Wa Ulum al-Quran, As-Sunnah, Ilmu Ushul Fiqh, Ilmu Aqidah Fiqh dan Akhlaq, Sejarah Islam dan semasa, Ilmu Bahasa Arab serta beberapa tajuk lainnya.

Bahagian keduanya Jundullah Akhlaqan, menghuraikan beberapa sub tajuk iaitu Akhlaq Islam, Wala’, Mahabbah, Lemah Lembut Sesama Muslim dan Keras Kepada Kafir, Jihad dijalan Allah tanpa ada rasa gentar dan saranan-saranan beliau. Melalaui tajuk Jihad di Jalan Allah itulah dihuraikan dimensi jihad yang cukup universal yang terangkul didalamnya Jihad Ta’lim.


Jihad Pendidikan dan Pengajaran (Ta’limi)

Syeikh Sa'id Hawa
Pada permulaan huraiannya dibawakan Surah (Al Maa’idah: 78-79) dan (At Taubah: 122)


وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِينفِرُواْ ڪَآفَّةً۬‌ۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٍ۬ مِّنۡہُمۡ طَآٮِٕفَةٌ۬ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ (١٢٢

Maksudnya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (122)


Keperluan utama bagi pendidik melalui saranan Said Hawwa ialah Akhlak atau etika-etika dasar dalam memberikan pendidikan yang sehat seperti yang dinyatakan dalam Jundullah Tsaqafatan diatas.

Sarana-Sarana Jihad Ta’lim

Antara saranan beliau berkaitan jihad pendidikan ialah seperti berikut:

1) Diwujudkan kursus-kursus pendidikan yang jangka waktunya disesuaikan dengan suasana
atau kondisi manusia.


2)Pengajian-pengajian ilmiah di rumah mahupun di masjid secara rutin.


3)Menelaah secara pribadi.


4) Belajar bersama antara dua orang.


5)Membuka sekolah-sekolah agama.


6)Membuat kelas-kelas pengajaran umum dalam masjid.


7)Mengadakan rehlah atau rekreasi, yang menghimpun antara ilmu, dakwah, dan amal.


8)Mengadakan acara perkemahan atau camping, yang didalamnya diadakan pemusatan latihan.


9)Menubuhkan persatuan-persatuan pengetahuan keIslaman di sekolah dan sebagainya.


10)Pendidikan agama di sekolah-sekolah.



Itulah antara sarana jihad ta'lim yang dihuraikan oleh beliau dan setiap satunya memerlukan suatu kefahaman yang betul. Kefahaman yang betul perlu melalui proses didikan dan tunjuk ajar oleh seseorang yang mahir atau secara khususnya oleh seorang Murabbi. InshaAllah saya akan cuba untuk memahami jihad ta'alim ini menerusi kuliah-kuliah perbincangan mingguan yang akan disampaikan oleh Dr.




Sekadar perkongsian maklumat dan pengetahuan. Wallahuaklam.




Sirru 'ala barakatillah.