Isnin, 9 Mac 2009

TOKOH-TOKOH PENDIDIK TAULADAN SIRI 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis di ruangan blog ini, kali ini entah kenapa berasa terjentik tangan untuk menulis secebis informasi untuk tatapan bersama. Sebenarnya sudah sekian lama saya berhajat untuk mengkaji tokoh-tokoh ilmuan Islam yang pernah bergerak dalam lapangan pendidikan atau dibahasakan sebagai seorang guru, muallim, muaddib, mudarris dan seumpamanya. Kita berkongsi ketokohan guru antaranya M. Natsir, al-Banna dan beberapa tokoh lain. Insha'Allah.


Kebanyakan tokon-tokoh yang bergerak dalam lapangan haraki sebenarnya ramai yang bermula sebagai seorang guru. Kemudian beralih ke jalur ummah atau masyarakat sama ada sebagai politikus seterusnya memimpin negara. Pada siri 1 ini, akan dihuraikan dahulu seorang tokoh yang perlu dibincangkan dan dihayati bersama kebijaksanaannya dalam bidang pendidikan. Jiwa seorang insan teramat sarat dengan cita-cita Islam. Mari berbicara tentang MOHAMMAD NATSIR GURU TAULADANKU;
1) Muhammad Natsir


Bapak Natsir, pembawa hati nurani ummah. Seorang tokoh yang holistik dan inklusif sifatnya, seorang daie, politikus , guru dan intelektual muslim yang sukar di cari ganti. Sebelum keberangkatan beliau di jalur dakwah dalam politik, Pak Natsir pernah berkhidmat sebagai seorang guru. Dalam satu kertas kerja seminar "Memperingati 100 tahun Pahlawan Nasional Mohammad Natsir" dihuraikan ;





" Pembabitan dan perjuangan beliau dalam dunia pendidikan bermula sebagai seorang guru dan pengarah pendidikan di Bandung. Dalam usia yang masih muda (dua puluhan) beliau telah mampu menghasilkan idea dan gagasan yang bernas dan cemerlang dalam pendidikan (Islam).Niat dan cita-citanya untuk memajukan dan meningkatkan mutu pendidikan Islam amatlah mengagumkan. Ditengah-tengah suasana masyarakat kolonial yang memandang rendah terhadap Islam dan dicemuh pula oleh golongan sekular, beliau telah bangkit dan tampil untuk mengasaskan sistem dan model pendidikan Islam sekaligus membela kedudukan pendidikan Islam.

Walaupun idea dan gagasan tentang pendidikan Islam yang dikemukakan Mohammad Natsir muncul di Indonesia, namun hakikatnya melangkaui batas dan tempat , bersifat universal, dan ditujukan kepada umat Islam. Antara idea gagasannya ialah :

i. Tauhid Asas Pendidikan;
ii. Pendidikan Bersepadu;
iii. Konsep Ilmu;
iv. Kemerdekaan dan Kebebasan Berfikir: Tradisi dan Disiplin;
v. Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ilmu;
vi. Pondok Pesantren: Kesinambungan dan Perubahan Zaman.


(Dr Gamal Abdul Nasir,2009 )



Apabila dikaji idea gagasan beliau, sememangnya bepandangan jauh dan berjiwa besar, kektika itu beliau baru berumaur dua puluhan, jauh dibandingkan dengan saya dan kita yang berada dalam lapangan pendidikan ini. Gagasan idea pemikirannya mengjangkau sehingga membawa perubahan terhadap manhaj pendidikan negara kearah Islamisasi atau desekularisation.

Lapisan pertama kehidupan beliau dilihat sebagai pemuda yang berjuang di medan dakwah, lapis kedua menyaksikan beliau tampil sebagai seorang guru berwatak daie dan seterusnya tampil sebagai politikus daie. Dr. Taufik Abdullah menyatakan:

" Sebagai guru, akan selalu terpantul dalam tindakan dan pidatonya pikiran dan tulisannya. Ia selalu ingin memberikan tiga hal. Pertama, ia ingin memberi pengetahuan . Kedua, ia ingin memperkenalkan dan mempertebal kesedaran dan ketiga, ia ingin tampil dengan kejernihan dalam berpikir. Sebagai guru Natsir harus berfikir dengan jernih. Inilah tampak pada diri Natsir. Baik dalam tulisannya maupun dalam tindakan-tindakannya disamping kesederhanaan yang dipertebal." (2001)

Tiada ulasan: