Isnin, 12 Disember 2011

Demokrasi baru

Dulu, saya cuba mencari buku ini dibeberapa tempat termasuk MPH Mid Valley dan Kinokuniya KLCC. Malangnya tiada. Akhirnya , saya menjumpainya di internet lalu dicetak dan dijadikan sebuah buku.

Lima bulan lalu, sewaktu saya membacanya, Tunisia masih dalam proses revolusi. Kini penggerak utama politik Tunisia, Rachid Ghannouchi telah menjadi salah seorang dari 100 tokoh pemikir global (Global Thinkers) yang dinobatkan oleh Foreign Policy Magazine. Parti an-Nahdah pimpinan beliau menjadi model baru selepas AKP, Erdogan di Turki.

Baru habis membaca buku ini. Dr Azam Tamimi mengarang buku kira-kira tepat pada masanya. Saat Rachid Ghannouchi menjadi fenomena baru dunia pemikiran politik Islam pada hari ini, buku ini mungkin menjadi bahan penting dalam memahami pemikiran beliau.


Idea beliau bahawa sistem demokrasi adalah manifestasi dari syura Islam dan umat Islam perlu melibatkan diri dalam demokasi menjadi perdebatan penting masa kini. Ia semacam sealiran dengan gelombang Erdogan pada masa lalu.

Memetik nukilan Dr Azam Tamimi dalam menghuraikan idea Ghannouchi dari ungkapan Tawfiq ash-Sahawi, katanya, "When the tree of shura withered in the land of Islam for lack of maintanence, its seeds landed, that is during the Renaissance, in the lands of the Europeans where the tree of democracy grew and blossomed"

Saya percaya, keterbukaan Ghannouchi dalam menganalisa mazhab pemikiran, mengadun dan menyeleksi idea dengan kritis, akhirnya melahirkan ijtihad tersendiri . Ia menjadikan beliau begitu unik.

Dari Nassirism-Arabism kepada Salafis, dari Tabligh kepada ahli falsafah, dan akhirnya menjadi a Muslim democrat.

Tiada ulasan: