Selasa, 2 Jun 2009

MENEROPONG IDEA ASRAR-E-KHUDI DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN

Muqaddimah

Bicara pada kali ini dikongsikan dengan perbincangan mengenai idea seorang tokoh mujaddid Islam yang merupakan seorang poetry, politician, failusuf dan pemikir Islam (1877-1938). Pada sesi lepas sempat saya membincangkan mengenai Muhamad Iqbal berkenaan biodata beliau. Tidak terfikirkan bagaimana saya boleh melihat dan sedikit tertarik dengan pemikiran beliau kerana ianya ternyata accidently. Cerita pertama mengenali Muhamad Iqbal dikenali tatkala membelek naskhah-naskhah buku yang berada di rak tokoh-tokoh pemikir di perpustakaan rumah. Sebuah buku bertajuk Tokoh-tokoh Pemikir Islam versi Indonesia dijumpai. Lantas saya membaca dan tertarik dengan ideanya walaupun tidak banyak membaca karyanya yang berat-berat itu.


Allama Mohamad Iqbal




Konsep Khudi Muhammad Iqbal


Hikayat yang ingin dibawakan menerusi perbincangan ini ialah bagaiamana idea Khudi Iqbal di kaitkan dengan pendidikan. Asrar-e- Khudi bermaksud the Secrets of the Self yang merupakan koleksi pertama puisi beliau. Memahami konsep khudi (self) ianya berkaitan dengan pemahaman ego dan menitikberatkan roh atau jiwa dalam diri berasaskan agama dan perspektif spiritual.


Konsep pemahaman khudi ini boleh di celikkan dari pandangan bahawa seluruh alam atau diri kita mesti akan melihat sesuatu perkara berasaskan kepada kemahuan diri.yang terpandu oleh Al-Quran dan Sunnah. Hal ini tidak bermakna Iqbal membenarkan idea ini dengan faham bahawa sesuatu perkara boleh dilakukan mengikut kemahuan diri waima boleh merosakkan diri. Pemahaman ini salah dan mendapat condemn dari Iqbal.


Antara lainya, objektif kehidupan menerusi konsep khudi ialah :


"Kesedaran pada diri (self-realization) dan keilmuan pada diri (self-knowledge)"


Beliau melakarkan peringkat yang mana diri mesti melalui dan melepasinya sebelum akhirnya sampai kepada satu noktah kesempurnaan diri dimana seseorang mampu mengenali diri untuk menjadi hamba yang mentaati Allah.


Khudi dan Perspektif Pendidikan


Menerusi kefahaman mendalam Iqbal terhadap pelbagai prinsip keilmuan, maka secara parallel nya Iqbal amat memahami kehendak pendidikan. Tujuan pendidikan menurut Iqbal ialah penerusan keutuhan sebuah negara dan kesanggupan untuk memberi sumbangan yang berterusan. Hanya melalui pendidikan umat Islam dapat memperbaiki nasibnya.(Tajul Ariffin, 1992).


Falsafah Khudi boleh dimaksudkan secara mudahnya sifat perseorangan. Kefahaman ini boleh dimanifestasikan sebagai suatu pendekatan dimana seseorang itu mendidik diri sendiri serta berjuang menjadikan dirinya seorang individu yang sempurna, seterusnya dapat menyumbang kepada wujudnya sebuah kerajaan Islam dimuka bumi.


" Seseorang itu mendidik diri sendiri serta berjuang menjadikan dirinya seorang individu yang sempurna, seterusnya dapat menyumbang kepada wujudnya sebuah kerajaan Islam dimuka bumi"



Saya melihat maksud ini menerusi perspektif pemahaman pengkhususan pada realiti bidang. Ini bermaksud, seseorang yang berada dalam sesuatu prinsip keilmuan atau bidang yang berbeda-beda itu perlu mendidik diri kearah kesempurnaan dalam bidang mereka sendiri sehingga boleh menguasai bidang tersebut secara mendalam yang akhirnya memberi sumbangan kepada the renaissance of Islam.


Boleh difahami bahawa seorang doktor mengkhususkan bidangnya sehingga pakar (profesional), seorang pendidik mengkhususkan secara kritikal dalam bidangnya sehingga pakar dan begitu jugalah bidang lainnya. Ringkasnya, secara individu seseorang itu melatih diri kearah kesempurnaan bidang diceburi. Ini pemahaman saya dan konsep ”self ” atau khudi ini sebenarnya lebih membawa kepada pentingnya keyakinan dan harga diri.


Khudi dan Pendidikan Kearah Perkembangan Potensi Diri


Maknanya falsafah khudi ini menekankan persoalan perkembangan potensi individu. Potensi individu inilah perlu dikembangkan menerusi pendidikan. Potensi yang ada pada diri seseorang individu inilah yang perlu dikembangkan seterusnya menjadikan sesuatu bangsa itu terkedepan dan lahirnya ramai penyumbang kepada the renaissance of Islam.


"Potensi yang ada pada diri seseorang individu inilah yang perlu dikembangkan seterusnya menjadikan sesuatu bangsa itu terkedepan dan lahirnya ramai penyumbang kepada the renaissance of Islam"

Saya melihat idea ini sejajar dengan apa yang dilaksanakan oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali. Membaca buku Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya al-Aqsa Ke Pangkuan Islam ada menjelaskan, tatkala zamannya dipenuhi kecelaruan pertikaian mazhab, kesesatan ahli sufi dan falsafah serta perebutan kuasa politik. Imam al-Ghazali mengambil pendekatan dengan beruzlah dan memperbetulkan kembali potensi diri kearah ketaatan yang sebenar seterusnya beliau kembali ke alam realiti mendidik masyarakat. Peringkat pertama islah diri ialah melihat kepada siri sendiri dan memperbetulkannya.



Pentingnya kita yang berada dalam organisasi atau jamaah mengembangkan potensi diri dengan tidak menjadi ahli yang muqallid (pengikut tanpa menilai) sahaja sehinggakan tidak memberi idea kearah perkembangan potensi diri. Muqallid (dalam maksud tidak menilai terlebih dahulu) menyebabkan kita mentempurungkan potensi diri dengan meletakkan barrier (penghalang) kepada tercungkilnya ilmu dan idea.


"Al-Ghazali beruzlah dan memperbetulkan kembali potensi diri kearah ketaatan
yang sebenar seterusnya beliau kembali ke alam realiti mendidik masyarakat"



Align Center

Imam Abu Hamid al-Ghazali



Konklusi


Akhirnya saya membuat beberapa kesimpulan penting dalam proses pendidikan diri :


1) Perlu dibuangkan perasaan rendah diri yang menebal. Seperti kata Prof Dr Wan Nor Wan Daud , masalah yang melanda umat Islam seluruh dunia berasal dari perasaan rendah diri yang menebal dan memilukan.


2) Kembangkan potensi diri. Setiap orang ada potensi yang perlu dicungkilkan mengikut kemampuan masing-masing.


3) Ambil masa beruzlah kearah menilai kembali potensi diri dan melakukan correction terhadap kesilapan. Pendekatan ini diambil dari fiqh sirah Rasulullah SAW di gua Hira’ dan manhaj ini diteruskan al-Ghazali dan serta dibawa pula oleh konsep khudi.


Sebagai pengakhiran perbincangan kali ini saya bawakan puisi nukilan Allama Muhamad Iqbal;


In the West, Intellect is the source of life,
In the East, Love is the basis of life.
Through Love, Intellect grows acquainted with Reality,
And Intellect gives stability to the work of Love,
Arise and lay the foundations of a new world,
By wedding Intellect to Love.

Juga sebuah karya puisi Iqbal, "THE RENAISSANCE OF ISLAM" (KEBANGKITAN ISLAM)

Tiada ulasan: