
REALITAS KESUSAHAN MENDAPATKAN PENDIDIKAN

Gambaran kesusahan dapat dihayati tatkala betapa sukarnya kehidupan dua orang guru (Pak Harfan dan Bu Mus) yang tinggi tingkat pengorbanan dan kesabarannya demi untuk memberi pendidikan kepada bangsa Melayu Islam di Pulau Belitong Indonesia. Mengajar tanpa mendapat sebarang gaji dan yuran.
Dengan keadaan sekolah yang hampir roboh, beratap yang sentiasa bocor, berdinding papan,berlantaikan tanah, berpapan tulis lusuh dan berkapur tumpul, inilah gambaran suasana pendidikan yang digambarkan dan terkadang membuatkan kita berfikir, masih wujudkah lagi keadaan seperti ini dalam dunia yang berada dalam pemodenan ini.
SD Muhammadiyah merupakan sekolah yang berpandukan pendidikan Islam dan berslogan ‘amr bil ma’ruf wa nahyu’anil munkar’. Pada kisah pertama novel ini menceritakan bagaimana sekolah ini hampir dibubarkan tatkala jumlah murid yang diperlukan seramai 10 orang tidak mencukupi. Hanya seorang lagi pelajar diperlukan, namun tatkala hampir Pak Harfan membaca teks ucapan pembubaran, sampai seorang murid yang bernama Harun menyelamatkan mereka.
Kesusahan hidup menjadi persimpangan kepada keinginan ibu-bapa untuk menghantar anak ke sekolah. Itulah realiti yang wujud diceritakan dalam novel ini, ibu-bapa lebih rela menghantar anak untuk bekerja dari menghantar mereka ke sekolah.
LASKAR PELANGI MENGEMBALIKAN RUH KESEDERHANAAN
MENGINGATKAN ERTI KESUSAHAN
MENGINGATKAN ERTI KESUSAHAN
Membaca bahagian awal novel ini mengingatkan saya tentang pemikiran Prof Hamka dalam perjuangan bersama Muhammadiyah, betapa sukarnya perjuangan Muhammadiyah di sana untuk membentuk generasi taqwa jika dibandingkan kita disini. Saya berfikir sejenak, patutlah dalam sekian banyak karya Buya Hamka, banyak menghikayatkan tentang kesederhanaan, kesusahan hidup, ketinggian budi, kejujuran dan kesabaram. Rupanya realiti kehidupan bangsa Indonesia dapat saya fahami melalui novel Laskar Pelangi ini.
Saranan saya kepada rakan-rakan bakal guru, novel ini sesuai untuk dijadikan pedoman dan motivasi, kerana realiti seumpama ini masih lagi wujud di negara kita Malaysia. Novel ini sejujurnya memberi peringatan kepada kita yang kealpaan dalam kesenangan. Selamat membaca. Sirru ‘ala barakatillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan