Sabtu, 26 Februari 2011

Sang guru, dirimu pemilik risalah


Bismillahirrahmanirrahim. Sang guru, dirimu pemilik risalah.

Syukur, dalam kekalutan menguak samudera kehidupan, saya mencari-cari ruang untuk menulis lagi dan lagi. Menulis sudah menjadi bahagian hidup saya. Setelah tiga minggu berada dalam realiti pendidikan sekolah, baru saat ini saya diberi deria rasa yang menjentik hati seterusnya menolak jari-jari ini untuk menulis, Alhamdulillah.

Benar, persediaan untuk berada di alam sekolah, secara tidak langsung sudah saya buat disaat berada pada akhir semester 7. Kami yang terdiri daripada 5 jejaka lelaki Pendidikan Perakaunan telah menyusun atur banyak kerja akademik luar, menjenguh lapangan luar universiti termasuk beramah dengan guru-guru sekolah serta mendapat pendedahan daripada En. Hashim NUTP. Dari situ kami mendapat banyak kritikan dan pendedahan guru-guru lama berkenaan dunia pendidikan.


Telahan tentang ragam dunia sekolah yang didengari tanpa dirasai sebelum ini telah pun saya rasa. Sudah dirasai selama tinggu minggu menjadi 'novice teacher' (guru pelatih). Telahan itu ada benar, ada salah dan ada harapannya. Benar, dunia pendidikan bukan mudah. Benar untuk mengajar perlu mujahadah.

Tuntasnya, harus saya akui dengan jujur, menjadi guru tidak mudah. Pengalaman saya selama tiga minggu disekolah telah mengajar banyak perkara, daripada telatah para pelajar, telatah para guru, ragam sosial, ragam pentadbiran, hinggalah perihal politik-pendidikan dapat saya baca dengan tenang.

Sepanjang itu juga, saya menjadi pemerhati, "seorang 'guru novis' harusnya tidak campur urusan-urusan yang tidak berkaitan dengannya, mendengar untuk mengambil pengajaran dan pengalaman adalah lebih baik", ujar saya dalam benak fikiran.

Berada disekolah yang bukan semua pelajar mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar, tidak punyai keupayaan akal yang sama dengan perlajar cerdik-pandai di sekolah pilihan serta tidak punyai motivasi kental dari institusi keluarga menjadikan saya bertemu dengan sebuah realiti sebenar pendidikan.

Saya masuk ke kelas, upaya setengah daripada mereka untuk belajar berada pada tahap rendah, tidak mampu menulis, bahkan ada yang merangkak membaca seterusnya tiada rasa hormat terhadap guru menjadikan kepala saya pusing memikirkan pendekatan terbaik. Paling menggusarkan saya adalah, masih yang disaat tingkatan 4 tidak mampu membaca al-Quran.

Sang guru, dirimu pemilik risalah.

Sekolah, sang guru adalah intinya, sekolah hanyalah kulit. Sang guru layaknya menyedari diri adalah sang pemilik risalah. Pemilik risalah wahyu yang ditanzilkan. 'No excuse' , itulah kewajipan utama dibawah panji 'inni jaailun fil ardi khalifah'. Saya berasa gusar, sungguh gusar memikirkan sirna masa depan generasi baru ini.

Saat membelek susunan buku-buku ayahanda diperpustakaan rumah, saya bertemu dengan sebuah buku bertajuk 'Kaifa Tashbiha Mu'alliman Mutamayyizan" (Menjadi Guru Cemerlang dan Dirindui). Selayaknya, saya tidak layak untuk menjadi sosok guru dari seuntai syair yang dipetik daripada Syauqi. Syauqi berkata , tiada yang tahu akan nasibku:

"Jadilah seorang guru yang didalamnya ada kemuliaan
Ikatlah tebusanmu, apakah ada orang yang mulia,
Siapa yang mendidik anak kecil maka ia akan disayang
Ku hampir terbang dengan ucapan sang sultan
Sang guru hampir menjadi seorang Rasul utusan
Jika Syauqi benci pada pendidikan, satu saja
Pasti kehidupan akan penuh penderitaan dan kebodohan
Seratus persen guru adalah obor kebaikan
Hingga orang buta menemukan jalan"

Sang guru, dirimu pemilik risalah. Menjadi pemilik risalah perlu dengan wira usaha . Bergelut dengan samudera ilmu memerlukan kesungguhan yang berterusan. Memerlukan tunjuk ajar yang berpanjangan serta memerlukan keikhlasan yang meresapi roh dan jiwa. Kerana guru adalah roh, inti, elemen utama, dan batu pondasi dalam pendidikan.

Belajarlah sambil mengajar, pengalaman tidak terdapat seperti angan-angan, kerjakan dengan berterusan. Mengajar sambil belajar, itu yang terbaik, saat kalian memerlukan pengisalahan, sumbernya tetap disisi Tuhan.

Saya ingin berkongsi banyak perkara perihal pendidikan. Cukup sekadar itu dikesempatan ini. Sehingga sempat menulis lagi.


Ahad, 30 Januari 2011

Bayang-bayang pemuda dibalik revolusi

1. Saya bawa seuntai syair seorang filasuf ulung Islam, Muhammad Iqbal. "..bangunlah engkau wahai pemuda, tidakkah engkau mendengar bisikan Muhammad (SAW), kamulah sebaik-baik umat..". Pastinya, dibalik perubahan, revolusi, reformasi dan revival , bayang-bayang hidup sang pemuda mesti kelihatan ada.

2.Disaat saya menulis 'seni luahan nalar' ini, cuaca di kampung agak ribut dengan angin monsun yang kencang bertiup. Sejuk dan enak cuacanya. Sudah berhari-hari tidak henti-henti. Seolah-olah bertiup bersama alunan revolusi.Dunia-Arab yang gersang itu pula sedang diributkan dengan angin revolusi. Tunisia menjadi pencetus. Sedang merebak ke Egypt ( Mesir) mungkin membarah hingga ke Jordan dan Algeria.

3. Saksikanlah dunia, diktator itu telah rebah menyembah rakyat. Sejarah tidak pernah membohongi manusia. Diktator elit pasti gugur. Tinggal lambat atau cepat. Pemuda yang menjadi bayangan hidup sebuah revolusi itu, menyahut seuntai syair Iqbal, menyedari diri sebaik-baik umat.

4. Seorang ikon revolusi dengan nama gelaran terkenal beliau dimata generasi muda-mudi sebagai Che Guevara pernah menyatakan 'revolusi bukanlah seperti sebiji epal yang gugur setelah ranum masak. Sebaliknya kamu yang mesti menggugurkannya'.

Kredit kepada Revolusi du Jasmin

5. Itu yang berlaku di Tunisia. Muda-mudi mereka telah menggugurkan biji-biji epal-berupa pemerintah yang telah busuk, berulat dan hitam yang berpuluh-puluh tahun bertahkta, tergantung di pohonan tiada sebarang untung bahkan merugikan. Suara 'revolusi' lah yang menggugurkannya.

6. Diktator itu jatuh jua. Dikala berkuasa dia menindas dan menyalahguna kuasa. Memenjara ilmwuwan, membodohkan mahasiswa. Menyepit kejap mulut para intelektual masyarakat.

7. Untuk apakah revolusi ? Revolusi langsung tiada erti jika runtuh diktator diganti diktator pula. Jika lenyap penyembahan kepada sesama manusia dan diganti kepada penyembahan kepada manusia lain pula. Jika keluar dari mulut tirani masuk ke mulut liberalisme. Tiada makna. Kosong, tiada erti sebuah revolusi.

8. Revolusi yang kita mahu untuk menyelamatkan umat manusia dari kehancuran, kerosakan peradaban Barat. Bebas dari terjajah minda. Revolusi artinya membawa perubahan yang melahirkan perhambaan manusia hanya kepada Allah dalam segenap lapangan kehidupan.

9. Almarhum Syeikh Fathi Yakan dalam bukunya 'As-Syabab wa Taghyir' (Pemuda dan Revolusi-perubahan) menggariskan bahawa, 1. Revolusi Islam adalah revolusi total-manhaj menyeluruh merangkumi segala perihal kehidupan dan universal; 2. Revolusi yang bersifat aqidah-jiwa aqidah dimana revolusi tidak dianggap tujuan, tetapi sebagai alat untuk mencapai perintah Illahi dan

10. Seterusnya garisan revolusi ke-3 menurut syeikh-haraki tersebut adalah, revolusi Islam adalah revolusi kemanusiaan -jalan menuju kebaikan tidak bisa ditempuh dengan cara merosakkan manusia, kemudahan dan kepentingan awam, tidak membangun piramid dengan tengkorak dan darah manusia.

11. Pengakhiran sebuah revolusi ialah membawa kesejahteraan di mata dunia dan di darul akhirat. Wahai Tuhan. Bantulah aku untuk bersedia. Bersedia sentiasa untuk menyahut seruan sebaik-baik umat.

12. Saya tutup nukilan ini dengan nasihat berat dari Muhammad Iqbal. Nasihat yang kena pada realiti diri. Moga ianya menjadi penguat hati. Sajaknya berbunyi :

"Telahkah engkau siap dizaman ini,
Untuk menyambut sang surya diufuq fajar,
Kelopak matamu terlalu berat untuk menyambut azan pagi,
Subuhmu masih tenggelam dalam selimut tebal,
Sejadahmu putih bertabur debu,
Mihrabmu dipenuhi sarang laba-laba,
Khatibmu digiring kemimbar dengan pedang kayu,
Pekikan jihad tidak lagi membahana di kalbumu,
lalu.. dan lalu,

Sudah engkau siap diabad ini..?

Sabtu, 6 November 2010

Educational Philosophy of Iqbal

Preface. 1. Introduction. 2. Iqbal's philosophy of life: i. Evolution of Iqbal's outlook. ii. Man - his position and role in Iqbal's philosophical scheme. iii. Concept of 'Khudi'. iv. Factors or essentials of 'Khudi'. 3. The educational philosophy of Iqbal: i. Iqbal's exposition of educational environment. ii. Iqbal's educational viewpoint. iii. Aims of education. iv. Dimensions of educational activity. 4. Analysis of Iqbal's educational philosophy: i. Synthesis in Iqbal's approach. ii. Unity and uniqueness in Iqbal's outlook. iii. Conclusion. Bibliography.

"The present study is a treatise which deals with Educational philosophy of Iqbal. The author has endeavoured to project Iqbal's philosophy of education and its bearing on different dimension of educational activity. Present work is an effort to bring-out this point of view in an elaborate and systematic manner.

The author has highlighted objective and critical approach of Iqbal with reference to both modern and Madrasa Education. In this backdrop, author of the book points out that the intensity and motivating feature of educational philosophy of Iqbal is that it gives due consideration to the dominant tendencies of idealism, naturalism and pragmatism. And fuses these into a unity of thought that would give rise to a theory of education which would suit the needs of the day and satisfy all round aspirations of human soul."


From: Educational Philosophy of Iqbal

Khamis, 15 Julai 2010

Bertemu Tariq Ramadan

Baru berkesempatan membuat review wacana Prof Tariq Ramadan baru-baru ini. Sebelum ini saya belum pernah mendengar dan melihat secara 'live' ucapan beliau. Hanya pernah membaca buku nya yang bertajuk The Western and The Future of Islam In The West' . Huraian tentang Towards Reform of Islamic Education in the West' memuatkan kupasan menarik beliau. Huraian tentang 'Education of Heart dan 'Education of Mind' cukup menarik minat saya.

Cukup teruja mendengar ucapan menghurai sekitar nilai kebebasan dalam kerangka Islam. Tambahan pula cucu Hassan al-Banna ini merupakan seorang tokoh baru dunia Islam dan intelektual Islam yang giat membuka ruang interaksi antara Islam dan Barat.

Pertama kali juga saya teruja tatkala sampai ke ISTAC (International Institute of Islamic Thought). Bangunan ala-ala Andalusia, Granada mengingatkan saya seakan-akan berada di zaman emas Islam Andalusia. Rekaan bangunan dihiasi lukisan-lukisan menarik era kegemilangan Sultan Muhammad al-Fateh sungguh menghidupkan suasana.


Memabaca dan melihat gambar ISTAC sebelum ini sungguh tidak jauh dari realiti. Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas memang benar seorang tokoh Falsafah Islam yang hebat merangka sebuah bangunan yang cukup indah.

Tajuk wacana di ISTAC pada malam itu bertajuk Is Liberty An Islamic Value ? Persoalan yang timbul ialah bagaimana kita berinteraksi dengan kebebasan? Boleh dikatakan ramai yang hadir terdiri dari pelajar ISTAC ( pelajar M.A dan PHD ), Profesor, ahli akademik, golongan 'middle-upper class' yang agak moden dan golongan mahasiswa seperti saya.

Muqaddimah wacana Prof Tariq meningatkan para pendengar agar tidak menepuk tangan atau ber 'takbir' apabila beliau memberi ucapan. Inginkan suasana yang tenang. Kata beliau 'Takbir' is beyond of what you say in louder. Takbir sepatutnya lahir dari perasaan yang meresap dihati. Tidak perlu melaungkannya. Kritikan pertama beliau. Kritikan kedua 'dont only to repeat what the Quran, Hadith, ulama say, but to think". Jangan hanya pandai 'quote' ayat-ayat al-Quran dan Hadith atau kata ulama tanpa memahami maksud , tanpa berfikir dan mengkaji.


Kebebasan Intipati Kehidupan

Kemudian sekitar ucapan beliau yang sepat diambil ialah nilai kebebasan dalam Islam sudah lama dihuraikan. Kalimah "Laa Ilaha Illalah is to liberate yourself from any evil". Kebebasan merupakan intipati kehidupan manusia Islam, 'freedom of being is the essence'. Tidak berlawanan dengan fitrah. Semua inginkan kebebasan. Tetapi setiap dari manusia perlu bertanggungjawab terhadap kebebasan yang diterima dari Tuhan. "If you are free you will have responsibity'. Bertanggungjawab untuk diri , sesama manusia (termasuk non-muslim) , agama dan Tuhannya.

Mengingatkan saya tentang apa yang disebut oleh Syeikh Yusof al-Qardawi. Kebebasan boleh diibaratkan seperti pisau. Boleh digunakan untuk keburukan dan kebaikan.
Kebebasan Sebenar Melepaskan Diri Dari Ego

" True liberty is freedom yourself from ego, liberate yourself from ego, evil and etc". Kebebasan yang sebenar ialah membebaskan diri kita dari perasaan ego, kejahatan, dosa, maksiat dan perbuatan buruk lain. Kerana semua manusia secara fitrah tidak suka kepada keburukan dan sukakan kebaikan.



Kebebasan dalam Kerangka Maqasid Syariah

Walau pun kebebasan merupakan 'natural needs'. Tetapi keperluan azali manusia perlu dipandu dengan objektif. Maqasid Syariah ( objektif pengaplikasian syariah) memandu kebebasan manusia. Kebebasan perlu dilihat dari kaca mata berasaskan maqasid. Termasuk darinya ialah perkara Darurah seperti agama , nyawa, maruah, keturunan, aqal. Katanya kebebasan tidak bermaksud semua manusia boleh melakukan sesuka hati sehingga menggadaikan maruah. Kebebasan dipandu maqasid 'protect the dignity'. Menyelamatkan maruah manusia. "The diginity is to try protect your best, good with what you know".

"Put rules (obejctives) to protect the freedom".

Akhir

Saat akhir sesi pertanyaan timbul satu suasana intelektual yang cukup teruja. Begitu ramai berrtanya dan berhujjah. Sehingga wujud satu provokasi dari seorang pemuda yang mengkritik Prof Tariq Ramadhan mengatakan apa yang dikatakannya tentang kebebasan tidak ada dalam dalil dan jauh menyimpang dari pemikiran datuknya Hassan al-Banna. Agak tegang tetapi beliau penuh profesional menjawab.

Tamat pengalaman menghadiri wacana yang penuh ibrah dan meluaskan pandang alam kehidupan.

Isnin, 12 Julai 2010

Deschooling Society

By : Dzulkifli Abdul Razak

THE issue of the possible abolishment of examinations will be the subject of round-table talks soon. This is indeed refreshing as the debate is long overdue. But we must first examine the context of the discussion.

Almost 40 years ago, Ivan Illich broached the subject in Deschooling Society (1971) where he made a profound observation about what modern-day "school" and "education" is all about.

He wrote: "The pupil thereby 'schooled' to confuse teaching with learning, grade advancement with education, a diploma with competence, and fluency with the ability to say something new." This is no different when "medical treatment is mistaken for healthcare, social work for the improvement of community life, police protection for safety, military poise for national security, the rat race for productive work".

Given this as the context, it would seem that we may be barking up the wrong tree thinking that examinations are the root of the problem of present-day school and education.


We tend to forget that examinations are just one part of an elaborate system called school and/or education, and tests are in reality about gauging the impact of the system on learning.

If the system is inherently "bad", it can never be good enough, no matter how good the measure.

We are missing the woods for the trees! To further illustrate this, Illich said: "Health, learning, dignity, independence and creative endeavour are defined as little more than the performance of the institutions which claim to serve these ends, and their improvement is made to depend on allocating more resources to the management of hospitals, schools and other agencies in question."

Deschooling Society calls for a much deeper discussion on what scholarship is all about, which is particularly relevant in this increasingly dehumanising and unsustainable society that schools (including universities) are perpetuating since the emergence of the industrial revolution.


There is one historical context that is missing in today's discussion, namely the purpose of modern-day school and education.The current schooling system has evolved over time to meet the needs of the industrial age as it moved away from the agricultural age.

Industrialisation was "perfected" in the 19th century to resemble a factory assembly line -- some even sponsored by the powerful and famous of the time to support production.


It is therefore no coincidence that schools including tertiary institutions are organised like factories. The "factory" metaphor is more pervasive today when the marketplace has practically taken over the raison d'ĂȘtre of modern-day education.

We still hear, for example industrial demand for a tailor-made graduate who is regarded as nothing more than the "product" of the education system. In moulding this product, examination is a mere process of "quality control" that segregates the ones who meet the "benchmark" set by the marketplace from those who do not.

We talk in the language of the industry of creating "human capital" -- when education is all about nurturing a "human being".

It emphasises "employability" rather than "liveability", where "earning" becomes more important the "learning". Courses that are deemed to be marketable are given priority over the non-marketable.

As a result, two (of four) pillars of learning -- "learning to be" and "learning to live together" -- as advocated by United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation are neglected. Our biggest concern should be the direction that "education" is heading in the post-industrial age when "new" physical and mental structures are fast emerging to replace the old ones across the board -- socially, economically and politically.

Is it sufficient to have a New Economic Model (NEM) when education is lagging behind and based on an old, outdated and dysfunctional model? Can the transformational demands of the NEM be met with an education system that is no longer compatible? Can "inclusiveness" be effectively achieved when we fail to create a unified, if not, a singular educational system? These are but some of pertinent questions that go far beyond the issues related to examinations alone.

They strike deep at the heart of the purpose of education in the coming era. What is more pressing is transforming the current system much like the change from agricultural to the industrial age some 150 years ago.

And this is what the present discussion should be focused on. We may well decide to do away with a few examinations but we need a transformational change in line with the needs of an advanced nation.


*The writer is vice chancellor of Universiti Sains Malaysia. Taking from NST Perspective:Deschooling Society