"A'uzibillahi minas syaitanir rajim was siyasah"(aku berlindang dari syaitan dan siasah/politik), seterusnya menumpukan perhatian mendidik masyarakat."
Model Pendidikan Fethullah Gulen
Artikel tersebut membincangkan tentang model pendidikan yang dihuraikan oleh Fethullah Gulen dalam siri ceramah beliau mengenai perkahwinan dan pendidikan. Model pendidikan Gulen membincangkan pendidikan dalam konteks anak-anak atau peranan ibu-bapa sebagai pendidik utama.
Kebiasaannya,antara sumber rujukan umat Islam dalam memahami asas pendidikan awal kanak-kanak dirujuk menerusi kitab Tarbiyatul Awlad (Pendidikan Anak-anak) karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan. Kali ini, kita menjumpai satu lagi model pendidikan anak-anak menerusi idea Gulen.
a) Asas Penting
Menerusi model ini, beliau memperkenalkan beberapa asas pendidikan yang perlu dididik oleh ibu-bapa apabila anak-anak mereka melalui proses perkembangan. Asas-asas tersebut merangkumi :
1) Melihat kepada kehendak fizikal anak-anak.
2) Kesepadanan tahap didikan disiplin dan etika mengikut tahap umur.
3) Pendidikan moral; pendidikan keimanan dan pengabdian diri.
4) Keadilan dalam kalangan adik beradik.
5) Menyelamatkan dari keburukan dan kemudaratan yang mungkin berlaku.
b) Ibu Sebagai Guru Utama
Gulen menekankan bahawa ibu mesti bertindak sebagai guru utama buat anak-anak. Ia diambil dari pandangan Sa'id Nursi yang menyatakan bahawa apa yang dipelajari oleh seorang anak dari ibunya, akan membentuk rupa atau sifat serta karakter penting anaknya.
c) Pertimbangan dan Persediaan Terhadap Persekitaran
Sarananya juga supaya ibu-bapa perlu prihatin tentang setiap aspek kehidupan seorang anak. Perlunya bersedia dan merancang untuk menghadapi persekitaran. Analsis kemana anak bermain dan pastikan sumber yang diperolehi dari persekitaran yang mempengaruhi minda anak selari dengan pendidikan yang telah diterapkan.
d) Seimbang Memuji Juga Memberi Ganjaran
Gulen mencadangkan agar dalam memberi pengukuhan positif atau negatif ibu-bapa perlu pandai menimbang sejauh mana kepentingannya. Tunjukkan kepercayaan dan kasih sayang terhadap anak.
e) Rancang Pendidikan Anak Sebelum Perkahwinan
Menariknya disini, Gulen tidak membincangkan persoalan pendidikan anak-anak selepas ibu-bapa telah berkahwin atau sudah mempunyai anak, tetapi beliau melihat pendidikan anak-anak perlu dilihat atau dirancang sebelum proses perkahwinan berlaku. Maknanya Gulen amat mengambil berat terhadap institusi keluarga supaya memahami persekitaran kanak-kanak sebelum dan selepas berkahwin.
Gulen mencadangkan kepada ibu-bapa agar melihat dan mengambil perhatian terhadap pendidikan anak-anak sebagai tugas terpenting dalam kehidupan dimana ibu-bapa meletakkan masa untuk mendidik anak sebagai keutamaan dari aktiviti regular yang lain.
Teori Pendidikan Barat Moden Dan Ideea Gulen
Pada semester lepas antara kertas atau subjek yang telah saya pelajari termasuk Pedagogi Pendidikan bersama pensyarah Prof Emeritus Ishak Haron dan Psikologi Pendidikan bersama Dr. Suppiah. Sememangnya subjek-subjek ini banyak membawa idea atau teori pendidikan moden seperti Albert Bandura, teori Vygotsky dan beberapa teori yang lain.
Seraya dengan itu saya teringat kata-kata Dr. Hisyam dalam sesi usrah mingguan, mafhumnya mengapa kita menerima bulat-bulat teori barat tanpa melihat dan menilai terlebih dahulu, adakah tiada teori lain selain Taksonomi Bloom serta mengapa tidak kita yang menjadi pencipta teori . Huraian dari artikel menyatakan bahawa terdapat keselarasan antara teori Gulen dengan teori barat moden. Seperti dinyatakan berkenaan idea Gulen dan Bandura :
Pandangan saya menyatakan Fethullah Gulen berjaya menyediakan satu teori alternatif baru kepada kita. Menerusi model pendidikan beliau, kita berjaya melihat kemampuan Islam dalam mencipta teori pendidikan Islamic dan mengapa kita masih perlu terikat sepenuhnya dengan teori Taksonomi Bloom, Bandura, Vygotsky dan lain-lain. Sudah sampai masanya kita melihat teori pendidikan barat moden menerusi teropong Islam. Fethullah Gulen telah membuktikannya.
Alternatif Islamic Early Child Education, PASTI dan Lain-lain
Realiti zaman telah meletakkan ibu-bapa untuk kedua-duanya bertindak sebagai pencari rezeki dan punyai masa yang terhad untuk mendidik anak-anak dirumah. Hampir separuh dari masa seharian digunakan untuk bekerja dan sebelah malamnya pula digunakan untuk istirehat.
Melihat kepada institusi early child education yang terdapat di Malaysia, terdapat pelbagai existensi alternatif pendidikan anak-anak daripada yang berpendekatan Islam mahupun nasional. Wujudnya Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), TASKI dibawah kelolaan ABIM , pusat asuhan berunsur kenegaraan (nasional) iaitu TABIKA KEMAS serta banyak lagi private institusi pendidikan awal kanak-kanak yang boleh dipilih.
Peringkat prasekolah sekitar umur 4-6 tahun merupakan peringkat penting bagi pekembangan kanak-kanak. Ahli psikologi pendidikan menyatakan pada peringkat ini munculnya teori kendiri. Peringkat ini juga kanak-kanak akan melalui proses imitasi iaitu peniruan mengikut kecenderungan jantina. Sebagai contoh mudah, anak lelaki yang lihat bapanya bermain bola cuba meniru bapanya dengan meminta bapanya membeli bola. (Psikologi Pendidikan, 2008)
Oleh itu peringkat kanak-kanak adalah amat penting untuk diterapkan didikan kendiri positif Islamik dan peniruan positif Islamik kerana ianya memberi kesan yang dalam terhadap pandang alam kanak-kanak. Maka apabila institusi pendidikan kanak-kanak mengajarkan peniruan Islamik, contohnya demonstran cara bersembahyang, memakai tudung dan berpakaian menutup aurat, kanak-kanak dengan itu akan terikut dengan kebiasaan tersebut.
Sekiranya berlaku perbedaan dari apa yang mereka tahu, seraya dengan itu mereka akan berasa malu dan janggal. Contohnya, kanak-kanak diajar di PASTI untuk memakai tudung, tiba-tiba masuk kealam sekolah disuruh tidak mamakainya, tentunya akan menimbulkan rasa malu dan janggal pada diri anak-anak tersebut.
Oleh sebab itulah Fethullah Gulen amat menekankan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak, kerana menurut pandangan saya, pada peringkat inilah pandang alam kanak-kanak terbentuk. Jika pandang alam Islamik di pasakkan diminda anak sejak kecil, maka InshaAllah pada masa remajanya akan menjadi baiklah anak ini, sebaliknya jika dipasakkan pandang alam non-Islam atau nasionalis dan sebagainya maka tunggulah serigala jelmaan moden untuk menelannya.
Sarana saya kepada ibu-bapa, disebabkan anda disibukkan dengan urusan kerja seharian dan punyai waktu terhad mendidik anak-anak, maka hantarlah anak ke institusi pendidikan kanak-kanak yang berteraskan Islam bukannya nasionalis (nasionalis dalam maksud yang meletakkan bangsa sebagai dasar perjuangan serta bercanggah dengan Islam) . Banyak option boleh dibuat, PASTI dan pusat-pusat lainnya.
Konklusi
Pendidikan sebagai fundamental penting alam manusia kearah memanusiakan manusia sewajarnya diberi nafas Islam sepenuhnya. Malangnya kita umat Islam tidak merancang pendidikan anak-anak sama ada sebelum atau selepas berkahwin sehinggakan ramai membiarkan anak-anak dimakan oleh serigala zaman yang menjelma dalam pelbagai bentuk sama ada “social sickness” faham-faham menyesatkan begitu juga kealpaan berkiblatkan barat.
Akibat ketidakseriusan kita membiarkan anak-anak berada di bangku persekolahan bernafas moden yang dualis jelmaan sekular tanpa mengambil peranan mendidik dirumah sebagai keperluan, maka bersedialah menerima konsikuensinya.
Serigala-serigala jelmaan ini sedia membaham cahaya baru Islam sekiranya tunas Islam tidak diasuh dari kecil dengan kemantapan Iman. Begitulah signifikan dan seriusnya Fethullah Gulen dalam menyatakan betapa pentingnya pendidikan anak-anak menerusi faham Islam perlu bermula sebelum perkahwinan berlaku dan berterusan sehingga nafas terakhir.
p/c : InshaAllah next post, I will discuss about 9 concept towards education through Fethullah
Rujukan :
www.fethullahgulen.org